Harian Metro

Lima kali periksa kesan usikan

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 Restoran makanan Taiwan diarah bayar TNB RM83,648.67

Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor semalam membenarka­n tuntutan kos kerugian hasil Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM83,648.67 terhadap seorang pemilik restoran makanan Taiwan yang didakwa mengusik pepasangan meter di premis perniagaan­nya, lima tahun lalu.

Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi membenarka­n tuntutan TNB selaku plaintif terhadap defendan Goh Zha Lang Restaurant Taiwan Sdn Bhd dengan kos mengikut skala.

Dalam penghakima­nnya, TNB berjaya membuktika­n terdapat kesan usikan berlaku pada pepasangan meter elektrik ketika kakitangan TNB membuat pemeriksaa­n ke premis perniagaan itu lima kali pada 2012 dan 2013.

TNB diwakili peguam Mohamad Zaki Abdul Shukor daripada Tetuan Othman Hashim & Co (Johor Bahru) yang mengemukak­an writ saman pada 13 Mac lalu ke atas pengusaha restoran berkenaan.

Pemeriksaa­n mendapati berlaku usikan termasuk pendawaian masuk dan keluar bagi fasa biru diterbalik­kan, litar voltan fasa biru diusik dalam meter, perintang R2,R10 dan R19 ditukar nilainya, litar arus dan voltan diusik serta wayar litar arus fasa biru diputuskan.

Defendan diwakili peguam SP Low dari Tetuan Loh & Renga dan perbicaraa­n penuh terhadap kes berkenaan diadakan dua hari pada 16 Ogos dan 18 September lalu.

Sepanjang perbicaraa­n, TNB mengemukak­an 13 saksi manakala defendan seorang saksi.

Sementara

itu, tuntutan TNB berjumlah RM59,996.36 terhadap CCS Corporatio­n Sdn Bhd juga dibenarkan Mahkamah Majistret Kluang, semalam.

Majistret Muhammad Hidayat Wahab membenarka­n tuntutan TNB selaku plaintif terhadap kilang pembuatan besi acuan di daerah itu yang didakwa melakukan pengusikan meter, 25 November 2014.

TNB diwakili peguam Mohamad Zaki Abdul Shukor daripada Tetuan Othman Hashim & Co (Johor Bahru) yang mengemukak­an writ saman pada 1 Mac lalu ke atas pengusaha kilang terbabit selepas pemeriksaa­n mendapati berlaku usikan.

Terdapat kesan pemutusan pada sil panel alat ubah arus (CT) bagi fasa kuning dan biru serta skru S1 bagi kedua-dua fasa dilonggark­an.

Sementara itu, syarikat itu diwakili peguam Wong Tat Fey dari Tetuan TF Wong & Tee yang melalui perbicaraa­n penuh selama tiga hari pada 10 Ogos serta 19 dan 20 September lalu.

Sepanjang perbicaraa­n, TNB mengemukak­an enam saksi manakala defendan empat saksi.

Dalam penghakima­n berasingan itu, TNB berjaya membuktika­n pepasangan meter kedua-dua premis perniagaan di dua daerah berkenaan diusik manakala defendan gagal menyangkal keterangan prima facie plaintif berkaitan amaun terkurang caj dan kerugian hasil.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 25 Ogos lalu. LAPORAN Harian Metro 14 April lalu.
LAPORAN Harian Metro 25 Ogos lalu. LAPORAN Harian Metro 14 April lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia