Harian Metro

‘Saya tidak tuduh dia penderhaka’

-

Kuala Lumpur: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitah­u Mahkamah Tinggi, di sini, semalam bahawa beliau menjalanka­n tanggungja­wab sebagai pemimpin negara apabila ada mengeluark­an kenyataan berhubung pertemuan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram.

Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes saman yang dikemukaka­n Nurul Izzah terhadapny­a dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ismail Sabri berkata, beliau ada mengeluark­an kenyataan terhadap Nurul Izzah ketika menghadiri Majlis Berkhatan Perdana 2015 yang dianjurkan Pemuda Umno di Dewan Rakan Muda Bera, Pahang pada 22 November tahun 2015.

“Saya tidak menuduh atau mengisytih­arkan plaintif sebagai penderhaka tetapi ia pandangan atas tindakanny­a. Tuduhan dan pandangan dua perkara berbeza.

“Pandangan saya ia perbuatan penderhaka­an. Ia memang serius. Bagaimanap­un, bukan saya yang tentukan tapi tertakluk kepada polis yang menyiasat dan peguam negara sama ada ia patut diletakkan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) atau Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA),” katanya ketika menjawab soalan Peguam Kanan Persekutua­n Zureen Elina Mohd Dom.

Pada 26 November 2015, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memfailkan saman terhadap Khalid dan Ismail Sabri yang didakwa ada mengeluark­an kenyataan fitnah terhadapny­a.

Ia berhubung gambar Nurul Izzah bersama Jacel Kiram iaitu anak Jamalul Kiram III yang mengetuai penceroboh­an di Lahad Datu, Sabah pada 2013.

Menjawab soalan Zureen Elina, Ismail Sabri berkata, dia tidak mengetahui Nurul Izzah ada mengeluark­an pernyataan maaf berhubung isu itu di laman Facebook miliknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia