Harian Metro

Tol percuma

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

 Pengguna SDL, DUKE 2 tak perlu bayar sebulan

Semua pengguna di Plaza Tol Segambut akan menikmati tol percuma selama sebulan sehingga 22 November depan sempena pembukaan rasmi Jajaran Sri Damansara Link (SDL) Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), bermula jam 12 tengah malam semalam.

Pembukaan jajaran baharu itu melengkapk­an projek Lebuhraya DUKE Fasa 2 selepas jajaran pertama, Tun Razak Link (TRL) dibuka sepenuhnya kepada pengguna pada 28 September lalu dengan kos pembinaan keseluruha­n sebanyak RM1.183 bilion.

Majlis pembukaann­ya disempunak­an Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan turut dihadiri Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Ir Ismail Md Salleh, Pengerusi Eksekutif Ekovest Berhad Tan Sri Lim Kang Ho dan Pengarah Urusan Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd Tan Sri Lim Keng Cheng, di Plaza Tol Segambut, di sini, semalam.

Jajaran SDL sepanjang 7.4 kilometer (km) menghubung­kan Persimpang­an Bertingkat Menjalara di bahagian Barat dan menghala ke Timur untuk berhubung dengan Persimpang­an Bertingkat Segambut di Jalan Segambut.

Fadillah berkata, pembukaan jajaran itu dijangka memanfaatk­an kira-kira 30,000 pengguna jalan raya pada setiap hari sebagai laluan alternatif ke pusat bandar dari Sri Damansara, Rawang, Kepong dan Sungai Buloh.

Katanya, ia dilengkapi kawasan rehat dan rawat Segambut (SEGAR) selain kemudahan ‘Park and Ride’ yang menyediaka­n lebih 300 ruang parkir kepada pengguna perkhidmat­an stesen baharu komuter (KTM) dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

 ??  ?? FADILLAH (tiga kiri) di Majlis Pembukaan Jajaran SDL, Lebuhraya DUKE Fasa 2
di Plaza Tol Segambut.
FADILLAH (tiga kiri) di Majlis Pembukaan Jajaran SDL, Lebuhraya DUKE Fasa 2 di Plaza Tol Segambut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia