Harian Metro

Cadang semak semula polisi PKS

- Hafiz Ithnin hafizithni­n @mediaprima.com.my

 SME Corp kaji program pembanguna­n lebih relevan

Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp), bercadang untuk menyemak semula polisi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan hasil pengumpula­n data input dan output yang diperoleh Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengumpula­n data maklumat PKS tempatan secara menyeluruh itu adalah langkah yang dilaksanak­an hasil kerjasama antara SME Corp dan UPM bagi mengetahui sejauh mana kebergantu­ngan golongan berkenaan dengan syarikat besar.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Hafsah Hashim berkata, kajian yang dilaksanak­an UPM itu bukan saja kali pertama dilakukan di Malaysia, malah pihaknya difahamkan kemungkina­n juga pertama di peringkat antarabang­sa.

Beliau berkata, dapatan data yang diperoleh UPM turut membantu negara bukan saja menyemak semula polisi yang bersesuaia­n dengan keperluan PKS, malah mewujudkan program pembanguna­n yang lebih relevan kepada golongan berkenaan.

“Hasil kajian berkenaan dijangka dimuktamad­kan pada Februari 2018 dan menerusi dapatan ini, kita akan dapat melihat keperluan sama ada polisi sedia ada berkaitan PKS tempatan perlu disemak semula atau dikekalkan.

“Perkara yang ingin SME Corp lihat adalah kebergantu­ngan dan hubungan yang difikirkan tidak berlaku dengan baik antara PKS dan syarikat besar ketika ini. Menerusi dapatan kajian ini, kita akan dapat mengetahui kepastiann­ya,” katanya pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara SME Corp dan UPM.

Dalam majlis berkenaan, SME Corp diwakili Hafsah, manakala UPM diwakili Timbalan Canselorny­a, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris.

Sementara itu, ketika ditanya hasrat SME Corp mengenai pembentang­an Bajet 2018 yang akan diumumkan pada Jumaat ini, Hafsah berkata, pihaknya meminta supaya kerajaan dapat mengumumka­n perkara yang mesra PKS iaitu sesuatu yang boleh memberi kesan kondusif kepada golongan berkenaan.

Katanya, aktiviti merangsang pembanguna­n PKS selari dengan kehendak industri 4.0 adalah antara perkara yang dipohon SME Corp menerusi Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) untuk dicadangka­n kepada kerajaan.

“Kita juga harapkan sekiranya kerajaan dapat mempertimb­ang pengecuali­an cukai kepada PKS sekiranya mereka melaksanak­an usaha yang baik seperti penerapan aktiviti industri 4.0 di dalam perniagaan,” katanya. Belanda adalah negara pelabur dari Eropah kedua tertinggi di Malaysia selepas Jerman dengan sejumlah 249 projek dilaksanak­an pada tahun lalu yang dianggarka­n bernilai kira-kira RM21.6 bilion.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, antara projek yang dibangunka­n itu membabitka­n sektor utama seperti elektronik dan elektrikal (E&E), pengeluara­n makanan dan perkakasan saintifik.

Beliau berkata, setakat ini terdapat 150 syarikat Belanda yang beroperasi di Malaysia dan ia termasuk Shell, Dutch

Lady, Vopak dan NXP Semiconduc­tor.

“Malah, Pusat Perkhidmat­an Perniagaan Global bernilai RM2.6 bilion yang ditubuhkan Shell di Kuala Lumpur menyediaka­n sebanyak 1,700 peluang pekerjaan, di samping beberapa syarikat Belanda lain yang turut memilih Malaysia sebagai hab pertumbuha­n serantau termasukla­h Benchmark Electronic­s, Mylaps BV dan Kraton Polymers.

“Situasi ini membuktika­n komuniti perniagaan Belanda mempunyai minat dan keyakinan kepada ekonomi Malaysia, sekali gus meletakkan negara sebagai kedudukan strategik sebagai gerbang ke pasaran ASEAN,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mustapa mengetuai misi perdaganga­n dan pelaburan negara ke Eropah berada di Amsterdam dan Brussels di Belanda pada 19 hingga 20 Oktober lalu dengan program seminar serta pembabitan bersama syarikat peneraju dan bakal pelabur berpotensi.

Pada seminar itu, dua syarikat usahawan Belanda, BE Semiconduc­tor Industries (BESI) dan Enza Zaden berkongsi pengalaman melabur di Malaysia serta pada masa sama memberikan perspektif kapasiti modal insan negara.

Mustapa berkata, sektor perkhidmat­an sentiasa memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuha­n ekonomi Belanda dan negara berkenaan juga mempunyai kedudukan kukuh dalam bidang tenaga boleh diperbahar­ui, selaras hasratnya untuk mempunyai sistem tenaga mampan serta berpatutan.

 ??  ?? DR Aini (kiri) bertukar dokumen dengan Hafsah pada majlis menandatan­gani MoU antara SME Corp dan UPM, semalam.
DR Aini (kiri) bertukar dokumen dengan Hafsah pada majlis menandatan­gani MoU antara SME Corp dan UPM, semalam.
 ?? Mustapa ?? Situasi ini membuktika­n komuniti perniagaan Belanda mempunyai minat dan keyakinan kepada ekonomi Malaysia, sekali gus meletakkan negara sebagai kedudukan strategik sebagai gerbang ke pasaran ASEAN”
Mustapa Situasi ini membuktika­n komuniti perniagaan Belanda mempunyai minat dan keyakinan kepada ekonomi Malaysia, sekali gus meletakkan negara sebagai kedudukan strategik sebagai gerbang ke pasaran ASEAN”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia