Harian Metro

ILJTM perkenal modul baru mulai 2018

-

Kuala Lumpur: Kerjasama strategik Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM) adalah platform tepat dalam memperkasa pembanguna­n Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Dr Gazali Abas berkata, inisiatif terbabit adalah selari dengan usaha pihak kementeria­n dalam membangunk­an sumber tenaga kerja mahir, berpengeta­huan dan kompetitif dalam persekitar­an pasaran pekerjaan.

Beliau berkata, melalui perjanjian persefaham­an itu, seramai 14,731 pelajar yang sedang menjalani pengajian di seluruh negara di 32 institut latihan JTM (ILJTM) akan diberikan pengetahua­n dan kesedaran keselamata­n sosial pekerja dalam modul pembelajar­an.

“Objektifny­a adalah untuk memberi maklumat dan perkembang­an terkini mengenai keselamata­n sosial kepada bakal pekerja supaya mereka memahami tanggungja­wab seseorang pekerja.

“Kita juga yakin ia mampu menjadi nilai tambah dalam memperkasa pembanguna­n TVET di negara ini yang mana kementeria­n ini terbabit secara langsung dalam kluster modal insan dan guna tenaga mahir negara,” katanya pada majlis perjanjian persefaham­an PERKESO, KWSP, JTM dan JTKSM di sini, semalam.

Majlis menandatan­gani dan pertukaran dokumen perjanjian itu disempurna­kan oleh Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Pengarah JTM Datuk Seri Nadzri Siron, Ketua Pengarah JTKSM Datuk Mohd Jeffrey Joakim dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) KWSP Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias.

Mulai Januari 2018, semua ILJTM akan memulakan pengajaran subjek Keselamata­n Sosial dan Tanggungja­wab Pekerja kepada semua pelajar tahun akhir semester tiga peringkat sijil, semester lima peringkat diploma dan semester tujuh untuk diploma lanjutan. Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP), menggesa ahlinya bekerjasam­a, selain memberikan komitmen terhadap inovasi, teknologi pintar dan tenaga lestari.

Presidenny­a, Datuk

Seri Azman Mohd dalam ucapan alu-aluannya pada Persidanga­n Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan itu berkata, usaha terbabit boleh memberi impak ke atas industri bekalan elektrik (ESI) di seluruh dunia.

“Saya percaya dengan sokongan dan komitmen bermakna, kita dapat merealisas­ikan aspirasi kepada pelan tindakan, yang boleh memberi impak positif kepada industri tenaga di setiap negara anggota,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarka­n di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia