Harian Metro

Pesara menangi hadiah Proton Ertiga

-

Kuala Lumpur: Home Direct Shopping Sdn Bhd (HDS), penyedia khidmat pesanan bagi produk harian yang dipasarkan melalui katalog di bawah jenama Best

Products mengumumka­n pesara dari Johor iaitu Ibrahim A Rahman sebagai pemenang Kempen Promosi Anak Malaysia 2017.

Kempen yang berlangsun­g 21 Ogos hingga 18 September lalu sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia itu menyaksika­n Ibrahim memenangi kereta Proton Ertiga berwarna merah metalik dilengkapi insuran dan cukai jalan setahun bernilai RM61,800.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan dan Penghargaa­n Pelanggan Best Products Ahmad Md Isa berkata, pemberian kereta sebagai hadiah kali ini istimewa meskipun pernah menawarkan hadiah kereta kepada pemenang kempen promosi Best Products, sebelum ini.

“Pada kali ini, kami membuat tempahan khas nombor plat pendaftara­n kereta terbabit iaitu Patriot 831 sebagai simbolik tarikh dan semangat kemerdekaa­n negara,” katanya pada majlis penyerahan Proton Ertiga kepada pemenang Kempen Promosi Anak Malaysia 2017, di sini.

Ibrahim berkata, beliau teruja ketika dihubungi HDS untuk memaklumka­n kemenangan­nya dalam kempen terbabit.

Menurutnya, beliau tidak menyangka akan memenangi kereta kerana penyertaan itu bertujuan mengisi masa lapang saja.

“Secara kebetulan, tarikh saya menghantar borang penyertaan adalah pada hari jadi saya dan pada ketika itu, saya berdoa semoga dipilih sebagai pemenang.

“Saya tidak menyangka doa saya itu dimakbulka­n dan menganggap kemenangan ini sebagai hadiah hari jadi saya tahun ini dan termahal pernah diterima,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Kempen Promosi Ke-10

Best Products akan berlangsun­g dan tamat pada 31 Oktober 2017 dengan tawaran hadiah utama wang tunai RM150,000.

 ??  ?? IBRAHIM (kanan) menerima replika kunci Proton Ertiga daripada Ahmad.
IBRAHIM (kanan) menerima replika kunci Proton Ertiga daripada Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia