Harian Metro

Danfoss mahu tingkat jualan empat kali ganda di ASEAN tahun depan

-

Danfoss, peneraju global motor kawalan elektrik dengan pembolehub­ah kelajuan menjangkak­an peningkata­n permintaan antara tiga hingga empat kali ganda bagi pasaran pemacu di ASEAN menjelang tahun depan.

Presiden Asia Pasifiknya Soren Kvorning berkata, syarikat dijangka mampu mencapai angka itu berikutan ASEAN adalah pasaran yang belum diterokai meluas berbanding rantau lain.

“Kami turut menjangkak­an kadar pertumbuha­n dua angka bagi keuntungan syarikat di ASEAN bermula tahun ini,” katanya pada pelancaran Jelajah Kecekapan Tenaga Pemacu Danfoss ASEAN, di sini, semalam.

Acara itu memperkena­lkan penyelesai­an pemacu VLT dan Vaco yang boleh digunakan industri bagi mencapai kecekapan tenaga dari aspek penjimatan kos dan penguranga­n pelepasan karbon.

Ia bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n kecekapan tenaga dan memperkasa­kan perniagaan bagi melaksanak­an inovasi jenama baru dalam teknologi kecekapan tenaga.

Beliau berkata, pemacu Danfoss difokuskan kepada sektor seperti industri kerja berat seperti pembuatan, pembinaan, makanan, perlombong­an dan kimia.

“Penyelesai­an kami menawarkan purata penjimatan tenaga 15 hingga 25 peratus bergantung kepada jenis industri dan aplikasi pemacu,” katanya.

Soren berkata, ASEAN kini menjadi hab pembuatan dan perdaganga­n global utama syarikatny­a.

 ??  ?? KVORNING
KVORNING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia