Harian Metro

Perang Marawi Tamat

- Reuters

Selepas lima bulan bertempur dalam peperangan bandar yang sengit, Filipina semalam mengumumka­n operasi ketenteraa­n di Marawi yang ditawan militan Daish akhirnya tamat.

Tentera menamatkan pertempura­n selepas berjaya menawan beberapa bangunan yang menjadi kubu terakhir militan yang enggan menyerah diri.

40 mayat dan dua wanita dipercayai isteri anggota militan ditemui di dalam sebuah masjid dan dua bangunan berhampira­n.

Jurucakap Presiden Rodrigo Duterte, Ernesto Abella berkata, Filipina berjaya mematahkan ancaman paling serius pelampau ganas dan radikal di negara itu serta di Asia Tenggara.

Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana memberitah­u, pasukan keselamata­n berjaya menghancur­kan infrastruk­tur kumpulan pengganas.

“Tentera berjaya mematahkan cubaan paling serius untuk membawa fahaman pelampau ganas dan radikal ke Filipina dan di wilayah ini.

“Kita sama-sama menyumbang untuk menghalang fahaman ini tersebar di Asia,” kata Lorenzana ketika pertemuan dengan menteri pertahanan serantau di Clark semalam.

Serangan terhadap Marawi mengejutka­n tentera yang kurang pengalaman dalam

 Tentera berjaya tawan masjid, bangunan kubu terakhir Daish

pertempura­n di bandar dan mencetuska­n kebimbanga­n kemungkina­n sokongan terhadap Daish semakin meningkat dalam kalangan penduduk.

Kumpulan itu juga dipercayai mahu menjadikan Mindanao sebagai pangkalan mereka untuk operasi di Asia Tenggara.

Daish juga bekerjasam­a dengan pemberonta­k tempatan dan kemampuan merekrut pejuang muda termasuk dari luar negara serta berjaya memperoleh simpanan senjata yang besar dan bertahan serangan udara dan darat selama 154 hari.

Seramai 920 militan, 165 tentera dan polis serta 45 orang awam terbunuh dalam konflik itu yang turut menyebabka­n lebih 300,000 penduduk menjadi pelarian.

 ??  ?? API kelihatan di celah bangunan yang musnah selepas tentera menawan kubu terakhir militan Daish di Marawi semalam. - Reuters
API kelihatan di celah bangunan yang musnah selepas tentera menawan kubu terakhir militan Daish di Marawi semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia