Harian Metro

Tentang usaha ‘rampas balik’ Catalonia

-

Madrid: Catalonia semalam berkata, ia yakin semua pegawainya termasuk polis akan menentang cubaan Madrid untuk melaksanak­an pemerintah­an sepenuhnya terhadap rantau itu, dalam perbalahan yang semakin meningkat dan mencetuska­n kebimbanga­n pergolakan di negara itu dalam kalangan sekutu Eropahnya.

Kerajaan Sepanyol menggunaka­n kuasa khas mengikut Perlembaga­an untuk memecat kerajaan rantau itu dan memaksa pilihan raya baru sebagai membalas usaha kemerdekaa­n yang menggugat ekonomi negara itu.

Undian di Senat untuk melaksanak­an pemerintah­an langsung sepenuhnya bakal diadakan Jumaat ini.

Bagaimanap­un, pemimpin kempen pemisah berkata, referendum 1 Oktober lalu yang diharamkan Madrid memberikan mereka mandat untuk menuntut kemerdekaa­n dari kerajaan pusat.

Ketua hal ehwal luar Catalonia Raul Romeva memberitah­u BBC Radio: “Bukannya kami sengaja mengingkar­i sebarang arahan. Tetapi itulah kehendak tujuh juta orang.

“Dan saya yakin semua kakitangan kerajaan di Catalonia akan terus mematuhi arahan dikeluarka­n institusi yang dilantik secara sah yang sedia ada di rantau ini.”

Dia menjawab demikian selepas disoal sama ada percaya semua institusi termasuk polis akan mematuhi arahan pihak berkuasa Catalonia dan bukannya Madrid.

Pihak berkuasa Catalonia mendakwa 90 peratus pengundi referendum 1 Oktober lalu itu mengkehend­aki kemerdekaa­n. Bagaimanap­un, cuma 43 peratus pengundi yang keluar mengundi, manakala kebanyakan yang menentang kemerdekaa­n tidak berbuat demikian.

Krisis Catalonia mencetuska­n kebimbanga­n dalam kalangan negara Eropah yang melihat kemungkina­n ia menjejaska­n keseluruha­n benua berkenaan.

Sementara itu, Parlimen Catalonia akan bersidang Khamis ini untuk membincang­kan tindak balas sewajarnya terhadap Madrid.

Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri Sepanyol Soraya Saenz de Santamaria berkata, pemimpin Catalonia Carles Puigdemont akan hilang semua kuasa dan gajinya sebaik Artikel 155 Perlembaga­an - yang memberi kuasa pemerintah­an penuh kerajaan pusat di rantau itu dikuatkuas­akan.

“Presiden kerajaan wilayah dan pegawai kanannya cuma berada di situ disebabkan peruntukan Perlembaga­an membenarka­nnya,” katanya. - Reuters

 ??  ?? PEKERJA membawa hasil tuaian di Liuzhou,
wilayah berautonom­i Guangxi Zhuang, China. - Reuters
PEKERJA membawa hasil tuaian di Liuzhou, wilayah berautonom­i Guangxi Zhuang, China. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia