Harian Metro

PENAMAT TERBAIK

- Ajitpal Singh ajitpalsin­gh@nst.com.my

 Syarul raih gelaran ketiga musim ini di Jemputan Hangzhou di China

Atlet bina badan, Syarul Azman Mike Mahen menamatkan kempen musim ini dengan gelaran ketiga di Jemputan Hangzhou di China, kelmarin.

Bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur itu meraih emas dalam kategori fizikal atlet untuk ketinggian sehingga 170sm.

Atlet berusia 44 tahun itu memenangi gelaran Mr Asia ketiganya di Seoul, Ogos lalu sebelum mempertaha­nkan pingat emas Kejuaraan Dunia di Mongolia pada 7 Oktober.

“Saya menang ketiga-tiga pertanding­an peringkat antarabang­sa yang sukar musim ini. Ia adalah musim terbaik saya sebagai atlet bina badan,” kata Syarul yang berasal dari Kuala Lumpur.

“Bagaimanap­un saya harap kemenangan ini akan meletakkan saya dalam kelompok atlet terbaik di Kuala Lumpur. Saya mula memenangi pertanding­an penting sejak 2015 tetapi tidak pernah tersenarai untuk anugerah Olahragawa­n

Kuala Lumpur.

“Saya harap satu hari nanti semua pihak akan mengiktira­f sumbangan saya sebagai atlet bina badan.

Ia agak mengejutka­n apabila saya dicalonkan untuk Olahragawa­n Negara 2016.”

Berkenaan kemenangan di Hangzhou, Syarul berkata, ia cukup sengit kerana dia satu-satunya atlet negara yang bertanding dalam acara berkenaan.

“Saya ke Hangzhou seorang diri tanpa rakan sepasukan. Bagaimanap­un, saya mempunyai rakan-rakan dari negara lain yang membantu saya sepanjang pertanding­an,” katanya.

 ?? Syarul Azman Mike Mahen ?? Saya harap kemenangan ini akan meletakkan saya dalam kelompok atlet terbaik di Kuala Lumpur. Saya mula memenangi pertanding­an penting sejak 2015 tetapi tidak pernah tersenarai untuk anugerah Olahragawa­n Kuala Lumpur”
Syarul Azman Mike Mahen Saya harap kemenangan ini akan meletakkan saya dalam kelompok atlet terbaik di Kuala Lumpur. Saya mula memenangi pertanding­an penting sejak 2015 tetapi tidak pernah tersenarai untuk anugerah Olahragawa­n Kuala Lumpur”
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia