Harian Metro

‘Makan masa nak sembuh’

- Ajitpal Singh ajitpalsin­gh@nst.com.my

J Zhuliang mahu Jun Hoong fokus pulih kecederaan untuk hidup misi Olimpik Tokyo 2020

uara dunia, Cheong Jun Hoong (gambar) masih bertarung untuk pulih daripada kecederaan belakang yang selama ini menggugat kariernya.

Terbaru, penerjun berusia 27 tahun itu terpaksa melupakan acara 10 meter platform individu wanita - acara yang dimenangin­ya pada Kejohanan Dunia di Budapest, Julai lalu - pada Grand Prix Terjun Kuala Lumpur (GPKL) di Bukit Jalil yang dijadualka­n bermula Jumaat ini.

Untuk aksi di GPKL, Jun Hoong hanya akan menyertai acara platform campuran berganding­an dengan penerjun remaja, Jellson Jabillin sementara Pandelela Rinong dan Kimberly Bong akan bertanding acara platform individu termasuk di GP Gold Coast (9-12 November).

Untuk rekod, Jun Hoong tidak pernah bertanding dalam acara platform individu sejak memenangi gelaran dunia dan pada Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos lalu, dia hanya bertanding dalam acara 1m papan anjal.

“Jun Hoong mengalami kecederaan belakang ketika memenangi gelaran dunia. Dia menjalani pemulihan dan sepatutnya bersedia dalam acara platform individu tahun depan yang mana dia akan memulakan musimnya pada Siri Dunia,” kata jurulatih, Yang Zhuliang.

“Jun Hoong bukan muda lagi dan ia mengambil sedikit masa untuk pulih daripada kecederaan. Dia perlu menjalani proses pemulihan secara perlahan-lahan jika mahu melayakkan diri dan bertanding pada Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

“Saya memberinya lebih masa untuk pulih daripada kecederaan belakang dan masalah lain. Acara platform individu ialah disiplin yang kompleks dan rutin acara itu sukar untuk dilaksanak­an.

“Dia juga menggunaka­n masa ini untuk mempelajar­i rutin sukar dalam acaranya memandangk­an darjah kesukarann­ya kini tidaklah tinggi seperti penerjun bertaraf dunia.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia