Harian Metro

Dua aksi uji Malaysian Tigress

- Naqib Nor Said naqib@BH.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Dhaarma Raj Abdullah menyifatka­n dua aksi pemanas badan sebelum perlawanan sulung menentang pasukan ranking kelapan dunia, China dalam aksi Kumpulan A Piala Asia Sabtu ini, penting bagi menilai kekuatan Malaysian Tigress kendaliann­ya.

Skuad hoki wanita negara bertolak ke Kakamigaha­ra, Jepun malam tadi dan dijadualka­n bertemu pasukan ranking ke-12 dunia, India yang berada dalam kumpulan sama Rabu ini dan Jepun keesokan harinya untuk aksi persahabat­an berkenaan.

“Saya memang meminta Pengarah Teknikal Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) Terry Walsh untuk mengatur satu aksi pemanas badan dengan India kerana mahu mengkaji kekuatan mereka.

“Saya tidak kisah walaupun kalah kepada India yang mendapat sentuhan jurulatih baharu (Sjoerd Marijne dari Belanda) dalam aksi pemanas badan itu, kerana apa yang penting adalah perlawanan sebenar nanti,” katanya semalam.

Dhaarma berkata, beliau juga berasa lega kerana tidak berdepan sebarang masalah kecederaan pemain sekali gus hadir di Jepun dengan skuad lengkap.

Bagaimanap­un, misi skuad negara untuk mencari tiket ke Piala Dunia 2018 menerusi status juara Piala Asia sedikit sukar apabila diletakkan dalam Kumpulan A bersama dua gergasi utama Asia China dan India disamping Singapura.

Malaysia yang berada di ranking ke-22 dunia dilihat tiada masalah untuk menewaskan Singapura, hanya mereka perlu melakar kejutan sama ada ke atas China atau India untuk meraih dua kedudukan teratas kumpulan bagi mendapat laluan lebih mudah di suku akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia