Harian Metro

Skuad remaja tewas lagi

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Johor Bahru: Skuad remaja negara terus di timpa malang apabila tewas 1-2 kepada juara remaja dunia, India pada aksi Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun, Piala Sultan Johor di Stadium Hoki Taman Daya, malam tadi.

Ia kekalahan kedua berturut-turut selepas aksi pertama kelmarin menyaksika­n skuad kendalian Wallace Tan tumpas 0-1 kepada Great Britain dan situasi itu dilihat menyukarka­n peluang Malaysia untuk berada di kelompok tiga teratas.

Skuad negara bermula garang apabila kesempatan daripada pukulan sudut penalti seawal minit ketiga membuahkan hasil selepas Mohd Firdaus Omar menolak bola tepat ke penjuru kiri menewaskan penjaga gol India, Pankaj Rajak.

Jaringan itu nyata mencetus semangat skuad negara yang terus menggandak­an asakan bagi memburu gol seterusnya namun kekebalan benteng skuad kendalian Jude Sebastian menyukarka­n tuan rumah untuk memasuki kawasan D.

Penjaga gol Malaysia, Muhammad Zaimi Mat Deris menjadi penyelamat selepas berjaya menepis bola tolakan Harmanjit Singh menerusi pukulan sudut penalti pada minit kesembilan dan kedudukan 1-0 memihak tuan rumah hingga tamat suku pertama.

Bagaimanap­un, sebaik suku kedua bermula, India menguasai permainan dan bangkit menyamakan kedudukan menerusi gol padang Dilpreet Singh pada minit ke-19.

Tuan rumah terlepas peluang untuk menambah jaringan pada minit ke-27 menerusi pukulan sudut penalti apabila bola tolakan Mohd Firdaus mudah dipatahkan pertahanan India malah pukulan sudut penalti ketiga selang dua minit kemudian juga gagal diterjemah­kan dengan jaringan selepas kuisan Mohd Firdaus terkena tiang.

India menghukum kealpaan benteng tuan rumah apabila mencipta gol padang pada minit ke-44 selepas Dilpreet yang tidak dikawal mudah menolak bola ke gawang gol yang terbuka luas ketika Muhammad Zaimi tidak berada di posisi terbaik untuk menghalang.

Sementara itu, juara bertahan, Australia mengukuhka­n kedudukan di tangga teratas kejohanan selepas membenam Jepun 4-0. Gol-gol skuad Borras dihasilkan Nathan Ephraums menerusi gol padang pada minit ke-33 sebelum Nathanael Stewart meletakkan skuad kendalian Brent Livermore selesa mendahului 2-0 hasil jaringan pukulan sudut penalti.

Australia menambah derita anak didik Kyoichi Nagaya apabila Liam Flynn menjaringk­an gol padang pada minit ke-39 dan Andrew Scanlon mencipta jaringan hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-44 bagi melengkap kemenangan bergaya juara edisi keenam itu.

Pendatang baru kejohanan, Amerika Syarikat terus menjadi pasukan belasahan selepas Great Britain membenam anak didik Brian Schledorn 11-0 dan keputusan berkenaan menyaksika­n pasukan [Uncle Sam’ itu kekal di tangga tercorot.

 ??  ?? PEMAIN negara, Muhamad Kamal Abu (kanan) diasak pemain India, Singh Varinder di Stadium Hoki Taman Daya, malam tadi.
PEMAIN negara, Muhamad Kamal Abu (kanan) diasak pemain India, Singh Varinder di Stadium Hoki Taman Daya, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia