Harian Metro

Bolt akui sukar sarung jersi Red Devils

-

Tindakan itu segera disiasat pegawai perlumbaan dan Verstappen yang ketika itu sudah berada di bilik menunggu bagi mendaki podium dikenakan penalti lima saat menyaksika­n kedudukan tempat ketiganya diberikan kepada Raikkonen.

Ia bermakna Verstappen terpaksa berpuas hati menamatkan saingan di tangga keempat diikuti Bottas, pelumba Perancis Esteban Ocon dari Force India dan pelumba Sepanyol, Carlos Sainz di tangga ketujuh. Austin: Raja pecut yang baru bersara, Usain Bolt bertekad untuk meneruskan impiannya bermain bola sepak profesiona­l tetapi mengaku dia tidak ‘malu’ sekiranya sasaran itu gagal menjadi realiti.

Bintang pecut Jamaica itu, yang bersara daripada dunia olahraga Ogos lalu, sudah lama bercakap mengenai keinginan mencuba nasib dalam bola sepak dan sudah dijemput untuk menjalani latihan bersama Borussia Dortmund.

Pemegang

rekod

dunia 100m dan 200m serta pemenang lapan emas Sukan Olimpik itu, menegaskan masih serius mengejar impiannya itu walaupun wujud keraguan yang pada usia 31 tahun, masa makin suntuk buatnya.

“Ia adalah sasaran peribadi, saya tidak kisah apa orang fikir mengenainy­a,” kata Bolt kepada pemberita di saingan Formula Satu (F1) Grand Prix Amerika Syarikat, awal pagi semalam.

“Saya tidak akan menipu diri sendiri, jika saya fikir saya tidak mampu, saya akan bercakap ‘lupakan ini’. Saya tidak akan memalukan diri sendiri.

“Ia adalah impian, ia adalah satu perkara baru yang saya mahu lakukan. Jika anda mempunyai impian atau apa saja yang ingin dilakukan, sudah pasti anda mahu melihat sejauh mana anda mampu lakukannya.”

Bolt sudah lama dijemput menyertai latihan bersama Dortmund, jemputan yang diatur khas oleh penajanya, Puma.

Bagaimanap­un, Bolt enggan mengambil kesempatan dengan tawaran dibuat gergasi Bundesliga itu kerana masih dipalit kecederaan hamstring.

Pelari pecut Jamaica itu bagaimanap­un tidak begitu optimis bahawa kelab kegemarann­ya Manchester United akan memberi peluang sama.

“Ia amat sukar untuk meyakinkan (Jose) Mourinho, tetapi kita tidak tahu, lagipun perkara ini hanya saya bincangkan bersama Alex Ferguson ketika saya ke sana dulu,” katanya dalam nada jenaka. -AFP

 ??  ?? GELAGAT Bolt dan Hamilton di atas podium selepas tamat perlumbaan di Austin.
GELAGAT Bolt dan Hamilton di atas podium selepas tamat perlumbaan di Austin.
 ??  ?? HAMILTON menjulang trofi kejuaraan GP Amerika Syarikat
HAMILTON menjulang trofi kejuaraan GP Amerika Syarikat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia