Harian Metro

Cemas sebelum menang

- AFP

Sami Khedira meledak hatrik pertamanya untuk membantu Juventus yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain, terus mengekori pendahulu Serie A, Napoli dan Inter Milan, dalam kemenangan 6-2 ke atas Udinese awal pagi semalam.

Begitupun kempen AC Milan untuk bersaing dalam kelompok teratas terbantut apabila diikat tanpa jaringan di Genoa.

Skuad penyandang juara kendalian Massimilia­no Allegri itu memerlukan kemenangan di Udinese selepas sekadar meraih satu mata daripada dua pertembung­an liga sebelum ini.

Bagaimanap­un juara enam kali berturut-turut itu terpaksa bangkit daripada ketinggala­n selepas Stipe Perica membuka tirai jaringan buat Udinese seawal minit kelapan sebelum Mario Mandzukic diarah keluar padang pada minit ke-25 susulan kad kuning kedua.

Begitupun selepas jaringan sendiri Samir 14 minit kemudian disusuli jaringan Khedira, gergasi Turin itu kembali di depan enam minit kemudian. “Ia adalah tindak balas yang bagus daripada pemain. Ia bukannya mudah,” kata Allegri. “Malah saya mahu berterima kasih kepadanya (Mandzukic), kerana kami perlu mencatat kemenangan dengan bertahan dan bergelut.

“Sejak dua perlawanan sebelum ini kami menampilka­n persembaha­n yang baik tetapi kami memerlukan sesuatu seperti ini.

“Terpaksa bermain 10 orang, pasukan menjadi lebih fokus. Ini adalah titik tolak perubahan bagi kejuaraan. Keputusan negatif pasti sukar untuk ditelan.”

Udinese kembali menyamakan kedudukan menerusi tandukan Danilo tetapi Juventus mencipta magis pada babak kedua dengan jaringan Daniele Rugani pada minit ke-52 diikuti dua lagi gol Khedira sebelum Miralem Pjanic melengkapk­an jumlah jaringan enam minit sebelum permainan tamat.

“Ini hatrik pertama karier saya jadi ia sesuatu yang hebat, tetapi apa paling menggembir­akan saya adalah kemenangan,”

 Beraksi 10 pemain tak jejas kegarangan Juve bedal Udinese

kata pemain kebangsaan Jerman itu.

“Sentiasa sukar buat Juventus apabila kami tidak menang terutama selepas kad merah Mario. Ia tidak mudah bagi kami tetapi kami masih salah satu pasukan terbaik di Eropah dan kami membuktika­nnya hari ini.”

Juventus kekal di tangga ketiga Serie A namun hanya dibezakan satu mata dengan pasukan di tangga kedua, Inter dan ketinggala­n tiga mata di belakang Napoli yang mengumpul 25 mata daripada sembilan perlawanan.

 ??  ?? KHEDIRA (kiri) merembat kencang menembusi gawang Udinese.
KHEDIRA (kiri) merembat kencang menembusi gawang Udinese.
 ??  ?? PEMAIN AC Milan Frank Kessie (kiri) diasak pemain Genoa Luca Rigoni (tengah) di Stadium Giuseppe Meazza.
PEMAIN AC Milan Frank Kessie (kiri) diasak pemain Genoa Luca Rigoni (tengah) di Stadium Giuseppe Meazza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia