Harian Metro

‘SEMUA INI GILA’

- AFP

London

 Klopp pening benteng Reds makin rapuh selepas pasukan kendaliann­ya tewas kepada Spurs

Jurgen Klopp berjanji untuk ‘memperbaik­i’ masalah pertahanan yang kronik selepas Liverpool tumbang 1-4 di Tottenham Hotspur sekali gus menyaksika­n The Reds ketinggala­n 12 mata dalam pemburuan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Spurs mengeksplo­itasi kelemahan pertahanan Liverpool di Wembley, dengan Harry Kane meledak dua gol untuk anak didik Mauricio Pochettino menyamai mata Manchester United di tangga kedua.

Liverpool kini sudah bolos 16 gol - statistik terburuk mereka di peringkat ini sejak tahun 1964 - dan Klopp berkata pasukannya perlu melupakan keinginan untuk mencabar gelaran liga selagi tidak menyelesai­kan masalah ini.

“Kami tidak perlu bercakap mengenai kelompok empat teratas. Kami di tangga kesembilan,” kata pengurus Liverpool itu.

“Ini adalah statistik terburuk kami sejak tahun

1964. Sukar untuk mempercaya­inya. Kami berada di tempat sepatutnya, dan berhak ke atasnya. Kami perlu membuktika­n bahawa kami boleh bertahan dengan lebih baik berbanding persembaha­n hari ini.

“Kami melepaskan jaringan besar dalam tiga aksi dengan Watford (3-3), Manchester City (5-0) dan hari ini. Semuanya 12 gol kami sudah bolos. Ia adalah gila.

“Satu-satunya cara untuk kami memperbaik­inya adalah dengan kekal kuat dan bekerja untuknya. Saya tidak boleh memperbaik­inya di sini, tetapi saya janji akan atasi masalah ini.”

Klopp mendakwa jaringan pertama Spurs apabila Kane meloloskan diri di belakang empat pertahanan sebelum mengatasi penjaga Liverpool Simon Mignolet - tidak akan berlaku sekiranya dia berada di

dalam padang. Kane membuka tirai jaringan seawal minit keempat dan kemudian mengumpan kepada Son Heung-Min untuk gol kedua, lapan minit kemudian selepas kegagalan Dejan Lovren mengeluark­an bola lambungan jauh Hugo Lloris.

Mohamed Salah merapatkan kedudukan buat The Reds sebelum ledakan Dele Alli dan Kane - kedua-duanya berpunca daripada kesilapan pertahanan - untuk memastikan kemenangan selesa buat Spurs.

Bagaimanap­un, Klopp tetap mempertaha­nkan Lovren yang digantikan pada minit ke-31 kerana persembaha­n buruknya itu.

“Saya juga perlu bertanggun­gjawab di atas kekalahan ini,” kata Klopp. “Ia tidak membawa perbezaan besar. Kerana selepas dia ditukarkan kami masih melepaskan dua gol.”

 ?? Jurgen Klopp ?? Satu-satunya cara untuk kami memperbaik­inya adalah dengan kekal kuat dan bekerja untuknya. Saya tidak boleh memperbaik­inya di sini, tetapi saya janji akan atasi masalah ini” SALAH diterjah pemain Spurs. KANE pacu kejayaan Spurs di Wembley.
Jurgen Klopp Satu-satunya cara untuk kami memperbaik­inya adalah dengan kekal kuat dan bekerja untuknya. Saya tidak boleh memperbaik­inya di sini, tetapi saya janji akan atasi masalah ini” SALAH diterjah pemain Spurs. KANE pacu kejayaan Spurs di Wembley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia