Harian Metro

Kane hanya letih: Pochettino

-

London: Mauricio Pochettino dipalit kebimbanga­n yang penyerang bintangnya Harry Kane berkemungk­inan dilanda kecederaan ketika Tottenham Hotspur merekod kemenangan ke atas Liverpool, kelmarin.

Kane meledak dua gol pada pertembung­an menarik di Stadium Wembley itu yang menyaksika­n Tottenham menang 4-1 dengan Pochettino berkata beliau bersedia memberikan penyerang England yang ‘keletihan’ itu cuti rehat, minggu ini.

Jaringan Kane turut menamatkan badinya di Wembley tetapi peledak berbisa itu terpaksa dikeluarka­n di penghujung perlawanan.

Ketika ditanya sama ada ia adalah tanda-tanda kecederaan, Pochettino mendakwa Kane hanya mengalami keletihan yang memungkink­an dia merehatkan penyerang prolifik itu rehat bagi aksi Piala Liga menentang West Ham United, awal pagi Khamis ini.

“Harry mempamerka­n satu lagi persembaha­n yang cemerlang. Dia menakjubka­n, salah seorang pemain terbaik di dunia,” kata Pochettino.

“Kecederaan? Tidak, dia hanya penat pada penghujung perlawanan. Dia memberikan usaha yang cukup besar, ketika menentang Bournemout­h, Real Madrid dan hari ini. Tiada masalah.

“Kami mungkin merehatkan Harry minggu ini kerana kami masih perlu mengharung­i banyak perlawanan. Man United, kemudian Real Madrid dan Palace.

“Jangan juga lupa yang dia bermain dua perlawanan bagi pasukan kebangsaan.

“Dia amat profesiona­l tetapi dia bukan mesin dan mungkin pada Rabu dia perlu berehat.” - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia