Harian Metro

Final mendebarka­n: Gabby Enggan hilang trofi

- Rizar Mohd Noor rizar@mediaprima.com.my Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Johor Bahru: Sentuhan berbisa pemain import Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Gabriel Guerra memastikan skuad itu layak ke pentas final buat kali kedua dan akan berdepan Kedah pada aksi di Stadium Shah Alam, 4 November ini.

Guerra atau Gabby yang mempamer aksi tidak konsisten ketika Johor DT seri 1-1 dengan Perak pada separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ipoh, menebus kesilapann­ya dengan penuh bergaya untuk membantu Harimau Selatan ke final.

Pemain import Argentina itu menjadi pencetus jaringan pertama Johor DT selepas hantaranny­a membolehka­n Gonzalo Cabrera menjaringk­an gol pada minit ke-57 sebelum dia sendiri meledakkan jaringan pada minit ke-74 disusuli jaringan kedua Cabrera pada minit ke-80 bagi memastikan Johor DT menang dengan agregat 4-1 pada aksi Sabtu lalu.

“Sudah tentu ia amat menggembir­akan kerana bukan saja kami layak ke final malah saya mengotakan janji untuk menjaringk­an gol dan semuanya hasil kerjasama sepasukan.

“Memang agak sukar untuk menundukka­n Perak kerana mereka juga menunjukka­n corak permainan agresif dan cuba menggugat benteng kami.

“Malah pergerakan saya pada babak pertama terbatas selepas sering dikasari pemain Perak apabila dua atau tiga pemain lawan akan menghimpit saya hingga tiada ruang untuk bergerak,” katanya.

Bagaimanap­un, Guerra yang sudah meledak tiga gol sepanjang kempen Piala Malaysia menegaskan sebaik babak kedua bermula, dia mengubah corak permainan dan bertindak menjarakka­n diri dari benteng lawan untuk memudahkan tugas mengawal bola dan mencetus gerakan selain Kuala Terengganu: Berita gembira buat peminat setia pasukan Terengganu apabila ketua jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim mengesahka­n beliau akan kekal membimbing skuad itu musim depan.

Jurulatih berpengala­man berusia 66 tahun itu yang pernah berkelana bersama kelab Persipura Jayapura dalam Liga Indonesia menyambung kontrak selama semusim di bumi Darul Iman.

“Ya, saya akan kekal semusim lagi hingga 2018 bersama Terengganu dalam misi membawa pasukan itu mencatat kejayaan lebih baik lagi musim depan.

“Sekarang saya mahu menumpukan saingan terakhir Liga Perdana bertemu PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Perak) Jumaat ini sebelum mencari pemain baru untuk diserapkan dalam skuad,” kata Irfan yang pernah membimbing skuad Terengganu menjulang Piala FA pada 2011.

(gambar)

menjaringk­an gol.

Apapun, dia tidak mahu memikirkan final buat seketika kerana ada satu lagi perlawanan terakhir saingan Liga Super menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Sabtu ini dan ia aksi penting untuk memastikan kemenangan sebelum tirai liga elit domestik melabuh tirai.

“Ada lagi aksi saingan liga yang belum selesai. Jadi saya mahu tumpukan perlawanan menentang Kedah dan kami mahu tiga mata terakhir dan kemudian barulah fikir mengenai final Piala Malaysia.

“Aksi menentang Kedah dalam saingan liga agak menarik kerana ia ibarat ‘prafinal’ dan kami tetap serius untuk menghabisk­an saingan liga dengan kemenangan,” kata Guerra.

Awal bulan ini, beliau berkata tidak mahu membuat keputusan terburu-buru sama ada ingin kekal bersama skuad Penyu atau membimbing pasukan lain dan menyerahka­n kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) untuk membuat keputusan.

Kenyataan Irfan itu ternyata mengundang resah penyokong Terengganu yang mahukan jurulatih itu terus kekal selepas sentuhanny­a berjaya membawa pasukan ke saingan Liga Super sekali gus menepati KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) yang ditetapkan PBSNT.

Kontrak sedia ada Irfan bakal tamat 30 November depan.

Terdahulu, Irfan bersama pemain dan pengurusan skuad Penyu dengan kerjasama Kelab Bolasepak Raja Permin FC mengadakan program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) iaitu klinik bola sepak kepada pemain berusia tujuh hingga 12 tahun di Padang Taman Permint Jaya, Chendering, kelmarin.

Pemain tengah, Baddrol Bakhtiar mahu Piala Malaysia kekal di bumi Kedah sekali gus membuktika­n bahawa mereka adalah antara pasukan yang digeruni di negara ini.

Skuad Helang Merah melakar sejarah tersendiri dengan melangkah ke final kejohanan tertua Asia itu buat kali ketiga berturut-turut selepas mengatasi FELDA United di separuh akhir menerusi agregat 3-1.

Bagaimanap­un, bukan mudah untuk anak buah Nidzam Adzha Yusoff mempertaha­nkan kejuaraan itu seperti yang dilakukan pada 2007-2008 kerana lawan mereka pada final di Stadium Shah Alam 4 November ini adalah juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

Bagi Baddrol, 29, secara peribadi mereka sudah bersedia untuk membuat perhitunga­n.

“Johor DT pasukan yang kuat di Malaysia kerana mereka ada pemain yang memiliki teknik bagus, pemain import yang bagus tapi bagi kami, itu satu cabaran dalam bola sepak.

“Kami akan bermain seperti sebelum ini dan kami akan buktikan bahawa pasukan Kedah ini juga sebuah pasukan elit yang wajar digeruni di Malaysia,” katanya.

Ini kali kedua skuad Helang Merah bertemu Johor DT bagi perebutan piala apabila menjulang trofi Piala Sumbangsih awal tahun ini menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 selepas permainan terikat 1-1.

Kedah juga memburu piala ketiga musim ini selepas turut merangkul Piala FA dengan menundukka­n Pahang 3-2 di final, Mei lalu.

Bagi Baddrol, dia tidak mahu mensia-siakan peluang di final apatah lagi selepas pengorbana­nnya bermain dalam kesakitan belakang tengkuk dan mukanya akibat pelanggara­n dengan rakan sepasukan pada sesi latihan sehari sebelum perlawanan separuh akhir kedua, Sabtu lalu.

“Memang saya berada dalam keadaan sakit tapi saya tak hiraukan masalah itu sebab saya fikirkan pasukan dan tekad saya untuk membawa Kedah sekali lagi ke final,” katanya.

 Baddrol tekad bantu Lang Merah rangkul Piala Malaysia

 ??  ?? BADDROL (kanan) sudah bersedia berdepan Johor DT di final.
BADDROL (kanan) sudah bersedia berdepan Johor DT di final.
 ??  ?? GUERRA (kiri) cuba melepasi kawalan Thiago Junior.
GUERRA (kiri) cuba melepasi kawalan Thiago Junior.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia