Harian Metro

Faiz, Jafri tunggu ‘lamaran’

-

Kuala Lumpur: Dua pemain Pulau Pinang, Faiz Subri dan Jafri Firdaus Chew sedia mempertimb­angkan tawaran beraksi dengan mana-mana pasukan tempatan musim depan.

Bagi Faiz, pemenang anugerah Puskas FIFA 2016, fokusnya kini adalah membantu skuad Harimau Kumbang mencatat kemenangan ke atas Selangor pada aksi Liga Super di laman sendiri, Sabtu ini.

“Saya tidak pasti lagi sama ada akan kekal atau tidak bersama Pulau Pinang kerana kontrak saya tamat bulan depan, namun fokus saya kini adalah membantu pasukan mencatat keputusan positif berdepan Selangor nanti.

“Dalam masa terdekat, saya mungkin berjumpa dengan pengurusan berhubung kontrak saya, namun jika ada rezeki lebih baik di tempat lain, saya akan pertimbang­kan,” katanya.

Berkongsi pandangan sama, Jafri juga sedia mempertimb­angkan tawaran pasukan lain sekiranya ia dapat membantu mengembang­kan kariernya.

“Kontrak saya dengan Pulau Pinang habis hujung tahun ini dan saya tak tahu lagi hala tuju bagi musim depan.

“Jika ada pasukan berminat mendapatka­n khidmat saya, saya mungkin akan pertimbang­kan, namun saya akan mendapatka­n pandangan ahli keluarga terlebih dulu terutamany­a restu ibu bapa saya,” jelas Jafri, penyerang skuad Bawah 22 (B-22) kebangsaan.

Pulau Pinang sah tersingkir ke Liga Perdana musim depan selepas menduduki tangga tercorot daripada 12 pasukan dalam Liga Super dengan sekadar 12 mata daripada 21 perlawanan. - BERNAMA

 ??  ?? FAIZ
FAIZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia