Harian Metro

Lari dari reman

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Tahanan lolos balik dari Mahkamah Majistret

Seorang lelaki yang direman polis kerana terbabit dalam kes rompak meloloskan diri dari tahanan dengan membuka garinya sendiri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, lelaki terbabit, Zulkipli Morni, 34, berada di bilik pengawal IPD Kuching bersama beberapa tahanan lain untuk dibawa masuk ke dalam lokap selepas pulang dari Mahkamah Majistret.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superinten­dan Abang Junaidi Abang Anuar berkata, ketika kejadian, suspek membuka garinya sendiri sebelum melarikan diri dengan menaiki Proton Iswara berwarna putih yang menanti di hadapan IPD Kuching.

Menurutnya, kereta yang dinaiki suspek dipandu individu lain dipercayai rakannya dan kejadian itu dilihat orang awam yang berada di kawasan hadapan IPD Kuching sebelum memaklumka­n kepada polis.

“Polis sedang mengesan suspek dan nombor pendaftara­n kereta yang dinaiki suspek tidak dapat dicam kerana ia sudah diubah suai,” katanya.

Abang Junaidi berkata, polis sudah menggerakk­an anggotanya untuk menjalanka­n sekatan jalan raya menerusi Op Tutup di sekitar daerah ini bagi mengesan suspek. Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil membantu siasatan dan sesiapa yang didapati melindungi suspek juga boleh didakwa kerana bersubahat.

“Siasatan lanjut terhadap anggota polis yang bertugas ketika kejadian juga akan dijalankan sekiranya terdapat unsur kecuaian sehingga menyebabka­n suspek meloloskan diri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia