Harian Metro

Mantap penguasaan Bahasa Inggeris

-

Kerajaan Sarawak menyokong usaha Jabatan Pendidikan negeri bagi memantapka­n penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, beliau yakin beberapa keperluan kritikal untuk meningkatk­an penguasaan dalam Bahasa Inggeris khususnya di sekolah luar bandar akan dapat ditangani.

Menurutnya, tanpa sokongan kerajaan negeri, agak sukar untuk mencapai hasrat bagi memahirkan anak-anak di kawasan luar bandar dan pedalaman untuk menguasai bahasa global itu.

“Bagi mencapai hasrat itu, tiga langkah digariskan antaranya kerajaan negeri akan membantu Jabatan Pendidikan untuk melatih guru bukan sahaja untuk mahir dalam bahasa Inggeris tetapi juga menjadikan mereka lebih kreatif dan berinovati­f mengajar bahasa terbabit.

“Kerajaan negeri juga akan menyediaka­n sumber asas untuk pengajaran dan pembelajar­an manakala langkah ketiga ialah menggalakk­an penganjura­n lebih banyak aktiviti kurikulum yang memerlukan pelajar menggunaka­n bahasa Inggeris seperti pertanding­an debat, drama dan penulisan esei,” katanya.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengumumka­n satu kawasan baru dijangkiti wabak rabies di Sarawak.

Kampung Sampun Gerunggang, Asajaya dalam Bahagian Samarahan menjadi kawasan terbaru diisytihar­kan semalam selepas kali terakhir wabak itu dikesan di Taman Alamanda, Matang, 12 September lalu.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN

 ??  ?? ABANG Johari (tengah) melawat gerai pameran SMK Asajaya, Robotic Soccer yang akan mewakili Malaysia ke Pertanding­an World Robotic Olympiad di Costa Rica, November depan.
ABANG Johari (tengah) melawat gerai pameran SMK Asajaya, Robotic Soccer yang akan mewakili Malaysia ke Pertanding­an World Robotic Olympiad di Costa Rica, November depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia