Harian Metro

AMAH BESTARI

3 siswi korban cuti kerja sebagai pembantu rumah

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

> Tidak sekelumit rasa malu untuk mereka bergeluman­g dengan kerja sebagai pembantu rumah. Bagi tiga sahabat dari Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS), Bangi, apa yang utama mereka mampu memperoleh upah bagi menampung perbelanja­an harian sepanjang pengajian hingga sanggup berkorban masa cuti semester, lapor Mahaizura Abd Malik

Tidak sekelumit pun timbul rasa malu atau kekok untuk mereka bergeluman­g dengan kerja sebagai pembantu rumah yang sering dianggap kelas bawahan oleh ramai pihak.

Ini kerana, apa yang lebih utama bagi mereka ialah mampu memperoleh gaji yang halal untuk menampung perbelanja­an keperluan harian sepanjang pengajian.

Itu pemikiran di luar kotak tiga sekawan dari Kolej Universiti Islam Antarabang­sa Selangor (KUIS), Bangi, dekat sini iaitu Nor Hannan Mohd Taib, 22, dan Nur Zawani Zakaria serta Nor Syahirah Ismail Zoawe yang masing-masing berusia 23 tahun.

Ketiga-tiga mereka sanggup berkorban masa cuti semester kali ini untuk berdikari mencari wang saku bagi meringanka­n beban ibu bapa masing-masing.

Status sebagai penuntut kolej tidak menjadi halangan bagi mereka menawarkan khidmat pembersiha­n seperti mencuci tandas dan pinggan mangkuk, mengemas rumah dan membersihk­an dapur serta bilik tidur pelanggan.

Mereka menawarkan pakej asas membersih dan mengemas rumah pada harga RM25 sejam di sekitar Kajang dan Bangi, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan serta Putrajaya dan Cyberjaya.

Nur Zawani yang mengambil jurusan Sarjana Muda Dakwah dan Sumber Manusia berkata, keinginan berdikari dan meringanka­n beban keluarga mencetuska­n idea mereka bertiga untuk mencuba nasib dalam lapangan kerja yang kurang popular itu.

Promosi dilakukan mereka menerusi laman sosial dengan menggunaka­n #mahasiswap­embanturum­ah sejak seminggu lalu.

“Pada mulanya, kami memikirkan mahu cari duit poket bagi membantu keluarga sebab ibu bapa kami bukan daripada orang senang malah banyak tanggungan kerana adik-adik masih bersekolah.

“Apatah lagi, kehidupan seorang penuntut memang memerlukan banyak belanja bagi menampung kos makanan, fotostat buku rujukan, aktiviti kampus dan program luar.

“Kami tidak kisah, walaupun mungkin ramai beranggapa­n pekerjaan orang gaji ini hanya untuk mereka yang tidak berpendidi­kan atau layaknya untuk warga asing saja, hakikatnya kami tak rasa malu mahupun jijik membersihk­an rumah pelanggan kerana pekerjaan ini begitu fleksibel dengan kami,” katanya.

Penuntut Sarjana Muda al-Quran Sunnah dan Komunikasi Nor Hannan yang turut senada dengan rakannya itu juga beranggapa­n pekerjaan berkenaan memberikan kepuasan berganda kepada mereka sebagai penuntut kerana tidak perlu bergantung kepada keluarga.

“Ini bukan kali pertama, sebelum ini kami pernah melakukan pelbagai pekerjaan seperti menjual nasi lemak, kad tambah nilai prabayar serta khidmat berbekam di kampus.

“Bagi kami, dalam hal ini menjadi satu kepuasan apabila dapat membereska­n dan membersihk­an rumah pelanggan terutama mereka yang terikat dengan kesibukan bekerja dan tambah bermakna apabila dapat berbelanja dengan hasil titik peluh sendiri tanpa perlu bergantung kepada keluarga.

“Pekerjaan ini juga memberikan kami peluang menimba pengalaman baharu contohnya, kami menjadi lebih teliti dalam membersih rumah,” katanya.

Sementara itu, Nor Syahirah berkata, mereka membuat jadual khas dan hanya memperuntu­kkan masa 11 jam sehari bermula 8 pagi hingga 7 malam bagi membuat kerja sambilan itu supaya tidak mengabaika­n tugasan kuliah dan mengulang kaji pada sebelah malam.

“Biasanya dalam sehari kami mampu menjana pendapatan RM200. Ini kerana ada pelanggan yang memerlukan khidmat kami hanya untuk sejam.

“Memang penat dan tidak menang tangan memenuhi permintaan pelanggan yang silih berganti mahukan perkhidmat­an kami setiap hari.

“Namun, kami kena pandai membahagi masa antara bekerja mencari duit pada hari kuliah dan tidak mahu mengabaika­n tugas hakiki sebagai pelajar,” katanya ke- tika ditemui.

 ?? FOTO: Zulfadhli Zulkifli ??
FOTO: Zulfadhli Zulkifli
 ??  ?? TIGA sahabat tidak malu atau kekok melakukan tugas pembantu rumah.
TIGA sahabat tidak malu atau kekok melakukan tugas pembantu rumah.
 ??  ?? NOR Hannan (kanan), Nur Zawani (tengah) dan Nor Syahirah membersihk­an rumah pelanggan di Cyberjaya.
NOR Hannan (kanan), Nur Zawani (tengah) dan Nor Syahirah membersihk­an rumah pelanggan di Cyberjaya.
 ??  ??
 ??  ?? Pekerjaan ini memberikan kami peluang menimba pengalaman baru”
Nor Hannan
Pekerjaan ini memberikan kami peluang menimba pengalaman baru” Nor Hannan
 ??  ?? Kehidupan pelajar memang memerlukan banyak belanja”
Nur Zawani
Kehidupan pelajar memang memerlukan banyak belanja” Nur Zawani
 ??  ?? Dalam sehari kami mampu menjana pendapatan RM200”
Nor Syahirah
Dalam sehari kami mampu menjana pendapatan RM200” Nor Syahirah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia