Harian Metro

TRAGEDI TANAH RUNTUH

WARIS TIMBANG TINDAKAN PENCARIAN BERAKHIR

- Saipul Adli Mohamad, Hadzlihady Hassan dan Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

Waris kepada warga tempatan, Yuan Kuok Wern, 27, belum memutuskan sama ada mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak selepas mendiang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di kawasan pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, George- town, Sabtu lalu.

Jurucakap keluarga mangsa, David Giam, 57, berkata keluarga Yuan pada masa ini hanya fokus terhadap pengebumia­n mangsa yang dijangka dilakukan Jumaat ini, di Lorong Kenari, Sungai Ara, dekat sini.

Katanya, keluarga mangsa hingga kini bersedih dengan kejadian itu memandangk­an mangsa ialah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga berkenaan.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada agensi terbabit dalam gerakan mencari dan menyelamat (SAR) semua mangsa termasuk pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai badan dan agensi lain.

“Keluarga Yuan masih berduka, justeru kami memohon supaya diberi ruang kepada keluarga mangsa,” katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), semalam.

Yuan mangsa ke-10 ditemui dalam tragedi itu jam 7.03 pagi sebelum mayatnya dikeluarka­n jam 11.02 pagi manakala mayat warga Bangladesh, Muhammad Monirul Islam adalah yang terakhir ditemui jam 7.13 pagi sebelum dikeluarka­n jam 8.31 pagi.

Seramai 11 mangsa tertimbus dalam tragedi berkenaan dan operasi SAR ditutup jam 12 tengah hari selepas mayat semua mangsa ditemui.

 ??  ??
 ??  ?? YUAN KENDERAAN polis membawa mayat Yuan dari tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, semalam.
JASAD Yuan dibawa keluar dari Hospital Pulau Pinang selepas dituntut keluarga. AHLI keluarga hadir di Jabatan Perubatan Forensik Hospital...
YUAN KENDERAAN polis membawa mayat Yuan dari tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, semalam. JASAD Yuan dibawa keluar dari Hospital Pulau Pinang selepas dituntut keluarga. AHLI keluarga hadir di Jabatan Perubatan Forensik Hospital...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia