Harian Metro

Sasar GMV naik 50%

11street optimis kempen akhir tahun lonjak tempahan global portal beli-belah atas talian

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

11 street, portal beli-belah atas talian optimis mencapai peningkata­n dalam nilai dagangan kasar (GMV) kira-kira 50 peratus disokong pelancaran kempen akhir tahunnya, Shocking? Yes!.

Ketua Pegawai Operasinya Chuljin Yoon berkata, menerusi kempen beli-belah yang diadakan tahun lalu, pihaknya mencatatka­n kenaikan GMV 30 peratus.

Katanya, produk yang mendapat permintaan paling tinggi adalah elektronik, kosmetik dan penjagaan kesihatan diri.

“11street turut mencatatka­n peningkata­n jumlah tempahan bagi produk global dua kali ganda tahun ini berbanding 2016 dan tempahan paling banyak diterima dari China, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

“Jumlah tempahan dari China meningkat sembilan kali tahun ini dengan lebih 70 peratus pembelian membabitka­n segmen produk penambahba­ikan kediaman serta penjagaan kesihatan diri,” katanya pada majlis pelancaran Shocking? Yes! , di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Malaysia Tan Sri Datuk Ter Leong Yap.

Yoon berkata, 11street juga menawarkan 100,000 produk jaminan harga terendah serta kos penghantar­an percuma bagi pembelian melebihi RM29 di bawah segmen Tawaran

Mengejutka­n yang bermula 1 November sehingga 31 Disember ini.

Beliau berkata, sepanjang kempen ini pengguna boleh memilih pelbagai produk jenama yang terbabit seperti Globalegro­w, Anker dan

Aukey selain produk elektronik pengguna dan aksesori teknologi mudah alih.

Sejajar kedudukann­ya sebagai pasaran dalam talian nombor dua di negara ini, portfolio perniagaan 11street berkembang dan mempunyai lebih daripada 40,000 penjual, 14 juta produk tersenarai serta 16 juta purata kunjungan bulanan.

 ??  ?? YOON (tengah) bersama Ter (lapan dari kanan) pada majlis pelancaran kempen akhir tahun 11street, semalam.
YOON (tengah) bersama Ter (lapan dari kanan) pada majlis pelancaran kempen akhir tahun 11street, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia