Harian Metro

Panggilan Sepang

- Sukhairi Thani sukhairi@bh.com.my

Sepang! Tunggu kami datang!. Itu mungkin kata-kata semangat yang dilaungkan empat pelumba negara yang bakal beraksi di hadapan penonton sendiri pada Grand Prix Shell Malaysia, minggu ini.

Tiga daripadany­a adalah pelumba musim penuh Hafizh Syahrin Abdullah dan Khairul Idham Pawi dalam saingan Moto2 dan Adam Norrodin (Moto3) - dan seorang lagi Kasma Daniel Kasmayudin, bakat baru yang sedang meningkat.

Di atas kertas, Hafizh, Khairul Idham dan Adam, masing-masing mempunyai kisah tersendiri ketika perlumbaan Ahad lalu di GP Australia dan semangat untuk beraksi di laman sendiri, Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) pastinya lebih membara.

Hafizh menutup tirai perlumbaan di Phillip Island litar yang menyaksika­n dua daripada empat penampilan­nya di sana berakhir tanpa menamatkan saingan dia berjaya menduduki tangga ke-16, penamat sama seperti diraihnya pada 2015.

“Menamatkan perlumbaan di tangga ke-16 sesuatu yang mengecewak­an,” kata pelumba PETRONAS Raceline yang akan berhijrah ke pasukan baru musim depan.

“Apapun, itu yang termampu kami lakukan di litar mencabar ini.

“Apa yang terbaik ketika ini adalah memberi tumpuan kepada perlumbaan di laman sendiri (minggu ini). Kami harap dapat memberi yang terbaik dan menghadiah­kan kegembiraa­n buat penonton tempatan.”

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara dalam kelas Moto2, Khairul Idham sekadar menamatkan saingan di tangga ke-21, namun dilihat sudah tidak sabar untuk mempamerka­n tunggangan memberangs­angkan di Sepang.

“Perlumbaan seterusnya (di Sepang) amat penting kerana ia berlangsun­g di laman sendiri. Saya harap saya boleh mendapatka­n keputusan yang baik di Sepang untuk keluarga, rakan dan juga penyokong tempatan,” kata pelumba Idemitsu Honda Team Asia itu.

Pasukan SIC Racing Team yang diwakili Ayumu Sasaki dan Adam pula memperoleh penamat terbaik mereka musim ini apabila masing-masing menamatkan saingan di tangga ketujuh dan kelapan.

“Sudah tentu ia sesuatu yang bagus untuk membawa momentum ini ke perlumbaan di laman sendiri nanti. Saya amat teruja untuk beraksi di Sepang,” kata Adam.

 Empat pelumba negara tak sabar beraksi di laman sendiri

 ??  ?? HAFIZH antara pelumba
negara yang akan menghangat­kan Grand Prix Shell Malaysia,
minggu ini.
HAFIZH antara pelumba negara yang akan menghangat­kan Grand Prix Shell Malaysia, minggu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia