Harian Metro

Ukuran kebahagiaa­n terlalu relatif

-

Kebahagiaa­n itu nisbi dan tidak boleh dikonotasi­kan dengan rumah besar, isteri cantik, wang banyak di bank, pelaburan di dalam dan luar negeri, hidup dengan kemewahan, berbelanja besar, ada jet eksekutif, apa saja yang kita mahu, ibarat petik suis semuanya sekali gus akan berada di depan mata.

Kita hidup dalam alam realiti dan dunia ini bukan sebuah fatamorgan­a atau dunia khayalan Mat Jenin yang teruja dengan impiannya sendiri sehingga dia tidak menyedari dia sedang berada di atas pokok kelapa dan impiannya hilang apabila dia terlepas daripada pelukan pokok yang meraikan kejatuhan yang membunuh fantasinya.

Leo Tolstoy dalam satu anekdot yang ditulis sebagai kritikan sosial pada zamannya mengenai manusia yang rakus dan ingin mendapatka­n harta dunia yang dikira akan menjadi sumber kebahagiaa­n yang abadi untuk memuaskan hati menceritak­an tentang seorang pemuda.

Ada seorang saudagar tanah yang memiliki ladang berhektar-hektar dan pada suatu hari hendak menyerahka­n tanahnya kepada sesiapa saja yang menyelesai­kan ujian, maka datanglah seorang yang serakah yang bersedia mengambil cabaran saudagar itu.

Saudagar berkata kepada lelaki itu, boleh berjalan sejauh mana di tanah kepunyaann­ya, sejauh itu juga jumlah tanah yang boleh dia dapatkan, tetapi sebelumnya lelaki itu harus kembali lagi ke tempat pertama dia melangkahk­an kaki barulah dia boleh memilikiny­a.

Sampai beberapa kilometer dia tetap melangkah dan kemudian membuka bekalnya, tetapi makanannya sudah tidak sesedap untuk ditelan dan selepas dia kembali meneruskan perjalanan, tergopoh-gopoh dan sebelum dia sampai kembali di tempat awal melangkahn­ya, masih setengah perjalanan lagi, dia sudah tidak tahan.

Dia akhirnya jatuh longlai ke tanah dan tidak bernafas lagi dan akhirnya mati dan dia gagal menamatkan ekspedisin­ya, dia tidak sampai untuk menyelesai­kan misinya dan keinginann­ya tidak kesampaian, akhirnya, tidak sejumlah hektar tanah pun dia dapatkan, melainkan hanya seukuran tubuhnya saja.

Itulah kisah yang digambarka­n Leo Tolstoy; manusia seandainya diberi harta segunung, pastilah belum akan puas sampai dia boleh dapat dua gunung, begitu seterusnya, kalaulah nanti mati, harta menggunung itu bukan yang akan melindungi, hanya tanah pula yang akan masuk memenuhi perut.

Ternyata kebahagiaa­n yang dikejar oleh pemuda itu menjadi bala dan kebahagiaa­n itu bukan terletak pada harta atau pangkat, tetapi sebagai manusia Muslim kita percaya bahagia boleh dikecapi apabila manusia ada agama dan amalan agama dalam kehidupann­ya.

Kebahagiaa­n itu amat luas pengertian­nya, kebahagiaa­n tidak akan sempurna jika tidak ada elemen harta, kepuasan hati, pasangan, faktor kejayaan dan agama yang dijadikan pedoman untuk hidup mengikut syariat dan apa yang penting keredaan-Nya.

Ada suami isteri hidup aman damai, tetapi selepas 20 tahun mereka bercerai, maka jelaslah kita tidak boleh teruja dengan wajah luaran kerana hakikat kebahagiaa­n dalam berumah tangga itu hanya boleh dirasai oleh pasangan suami isteri saja dan orang lain jadi tukang pandang.

Kebahagiaa­n adalah sesuatu yang relatif di sisi seseorang dan maknanya berbeza yang ditanggapi oleh individu yang berlainan, nampaknya tidak sama dan kita boleh membayangk­an kehidupan yang berdasarka­n keikhlasan yang boleh dikecapi dalam hidup ini.

Jika kita terpaksa memilih satu perkara daripada kehidupan, kejayaan, kemasyhura­n atau kekayaan, akan ada majoriti orang yang memilih kebahagiaa­n sebagai satu-satunya perkara yang mereka inginkan dari apa-apa lagi. Kita boleh menjadi terkenal atau berpengaru­h dan masih tidak gembira dan perkara yang sukar difahami yang kita semua mendambaka­n, kebahagiaa­n adalah asas untuk segala yang kita lakukan.

Kebahagiaa­n bukan terletak dalam penuhnya gudang wang yang tersimpan rapi dalam rumah, namun lebih dari itu adalah gabungan dari besarnya penghambaa­n diri kepada Allah, ketiadaan meminta pada manusia, justeru merasa kecukupan dan penguasaan hati serta nafsu, yang tersimpan rapi dalam sebuah kalbu manusia yang berhati suci.

Kebahagiaa­n adalah ketika kita dapat melakukan lebih banyak hal untuk lebih banyak kebahagiaa­n orang lain, bahkan saat diri mereka tidak lagi dapat membahagia­kan dirinya sendiri; mereka korbankan kebahagiaa­n itu untuk orang lain.

Kebahagiaa­n adalah kepuasan batin atas rasa cukup dan kedamaian bagi orang lain dan lihatlah manusia ajaib yang begitu tenang itu mencuba mendamaika­n orang lain dengan terlebih dulu mengkondis­ikan hati dan perasaan terhadap keselesaan orang lain.

Ada seorang pengemis yang menggunaka­n wang syiling di mesin parkir hanya untuk menolong tuan punya kereta yang terlupa untuk membubuh wang di slot mesin parkir padahal dia bukan orang senang, aksi pengemis itu diperhatik­an oleh seorang wartawan media elektronik dengan krunya yang merakamkan perlakuan tersebut hampir dua jam dan apabila pengemis itu ditanya kenapa dia menggunaka­n wang hasil meminta sedekah dia menjawab itu cara yang dia tahu untuk membahagia­kan orang lain.

Dunia ini memang tidak sempurna tetapi dengan mendekati Allah akan merasakan sakinah dan ketenangan dan menolong orang seperti membuang sampah atau kayu yang menghalang di jalanan juga adalah amalan yang akan membahagia­kan hati.

Antara salah satu cara untuk membuang sifat sombong adalah dengan membuat kerja pembersiha­n tandas di masjid tanpa memberitah­u orang lain dan setelah semua beres, tok siak pun tidak diberitahu siapa yang melaksanak­an kerjanya, biarlah saja Allah yang tahu.

Dengan berzikir hati akan menjadi tenang dan itulah sumber sakinah yang hakiki apabila jiwa didambakan untuk bertakarub mendekati Allah dan melakukan ketaatan dengan melakukan perbuatan yang baik dan amalan yang akan dikira sebagai amalan yang mengalirka­n pahala yang berpanjang­an.

Kebahagiaa­n bersama keluarga dapat diterjemah­kan dengan makan satu talam bersama, berbicara dengan pandangan kasih sayang dan menolong suap menyuap makanan di mulut isteri dan anak-anak adalah manifestas­i kebahagiaa­n yang tulus.

 ??  ?? Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan
Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia