Che Ta nafi hamil lagi
Kuala Lumpur: “Saya tak hamil, semua itu usikan saja. Kalau betul, saya tak akan sembunyikan perkara yang baik,” kata pelakon popular Rozita Che Wan mengenai berita dia disangka mengandung selepas memuat naik gambarnya di Instagram yang kelihatan seperti berbadan dua.
Rozita, 44, yang mesra disapa Che Ta berkata, jika benar dia hamil, dia sendiri teruja berkongsi berita gembira itu dengan peminat dan media.
Dia tahu peminat mahu dia hamil lagi, tetapi dia belum bersedia untuk menambah bilangan anak.
“Mungkin kerana badan saya sedikit berisi, ada yang ingat saya hamil. Saya lebih percaya kepada kualiti berbanding kuantiti. Buat masa ini cukuplah dengan tiga anak dulu. Saya mahu berikan yang terbaik kepada mereka termasuk pendidikan. Kalau ada anak ramai tetapi tak mampu nak membahagiakan mereka pun tak seronok juga,” katanya.
Rozita berkahwin dengan pelakon Zain Saidin pada Disember 2013 dan mereka dikurniakan cahaya mata Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia tiga tahun.
Menerusi perkahwinan pertama, Che Ta dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy, 21, Aniq Ezzra, 19.
“Ini adalah rezeki saya dan bayi dalam kandungan. Rezeki datang dalam pelbagai cara berbeza,” kata penyanyi popular tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, yang dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, semalam.
Siti dalam kenyataannya menerusi berkata, dia menjunjung kasih terhadap Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di atas pengurniaan darjah kebesaran itu.
“Sebagai anak Pahang, ini satu penghormatan buat saya. Ia bukan saja penghargaan kepada diri sendiri, tetapi mewakili insan seni lain. Saya yakin setiap masyarakat mempunyai peranan dan sumbangan tersendiri,” katanya.
Beliau pertama kali menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk pada usia 21 tahun dan menganggap penganugerahan itu sebagai satu pencapaian bersejarah dalam kerjaya seninya.
Siti yang kini hamil empat bulan menerima anugerah itu daripada Pemangku
Siti Nurhaliza terharu dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran Datuk Seri
Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah, semalam.
Selain Siti, turut dianugerahkan gelaran Datuk Seri ialah pelakon Eizlan Yusof dan Maria Menado.
Eizlan ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dengan penganugerahan itu dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan kepadanya selama ini.
Pada majlis itu, Eizlan diiringi kakak sulungnya, Nora dan rakan, Fairul Azman.
Dalam pada itu, pelakon Adi Putra dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dan pereka fesyen Jovian Mandangie menerima Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.