Harian Metro

‘Kita lihat siapa yang mati’

- Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

Seorang pencuci kereta sempat menghubung­i adiknya untuk meminta bantuan selepas cedera di muka dan kepala akibat ditembak lelaki tidak dikenali menggunaka­n selaras senapang patah di rumah kongsi di FELDA Keratong 2, Muadzam Shah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, mangsa warga Indonesia dikenali sebagai Zubir berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia selepas 12 jam mendapatka­n rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Difahamkan, mangsa yang sudah tinggal di negara ini sejak empat tahun lalu meninggal dunia pada jam 12 tengah hari semalam akibat cedera di muka dan kepala selepas dipercayai terkena dua das tembakan.

Sumber berkata, sebelum kejadian mangsa dipercayai berselisih faham dengan isterinya dan pernah menyatakan akan menceraika­n wanita itu serta bercadang pulang ke Aceh, Indonesia, Sabtu ini.

“Ketika perselisih­an faham itu, isteri mangsa berada di rumah majikannya di FELDA sama manakala pencuci kereta berkenaan (mangsa) meminta majikannya supaya tidak campur tangan dalam masalah mereka,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Selepas pertengkar­an itu, mangsa kemudian pulang ke rumah kongsi dan sempat memaklumka­n kepada isterinya ‘kita lihat siapa yang mati’ sebelum dia dihampiri dua lelaki tidak dikenali pada jam 12.10 tengah malam.

Katanya, mangsa ditembak pada muka dan kepala oleh seorang daripada lelaki bersenjata­kan senapang patah itu sebelum kedua-dua

 Pencuci kereta maut ditembak lelaki tidak dikenali sempat hubungi adik

suspek bergegas melarikan diri dari tempat kejadian.

“Mangsa menggagahk­an diri menghubung­i adiknya yang juga pekerja cuci kereta tinggal di FELDA Keratong 3 untuk meminta bantuan sebelum adik lelakinya itu bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat keadaan abangnya.

“Adik mangsa menghubung­i majikan abangnya untuk meminta bantuan menghantar ke Hospital Muadzam Shah sebelum mangsa dirujuk ke HTAA akibat parah pada muka dan kepala,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superinten­dan Azli Mohd Noor ketika dihubungi, mengesahka­n menerima laporan kejadian itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 12 tengah hari semalam ketika mendapatka­n rawatan dan mayatnya dibawa ke bilik mayat HTAA untuk bedah siasat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ZUBIR (gambar kecil) maut ditembak lelaki tidak dikenali di FELDA Keratong 2, semalam.
ZUBIR (gambar kecil) maut ditembak lelaki tidak dikenali di FELDA Keratong 2, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia