Harian Metro

Peluang buat yang teristimew­a

- Ayusliza Azizanam@hmetro.com.my

 SMPKV bukan saja beri pendidikan percuma tetapi juga tawar elaun bulanan kepada pelajar OKU

Bukan saja diberi peluang pendidikan secara percuma, mereka juga menerima elaun bulanan. Itu antara keistimewa­an yang diterima pelajar kategori orang kurang upaya (OKU) yang mendapat pendidikan kemahiran di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) di sini.

Sehubungan itu, ibu bapa yang mempunyai anak OKU digalakkan menghantar anak mereka ke sekolah pendidikan khas sebagai jaminan masa depan lebih cerah kepada mereka.

Penolong Kanan Pentadbira­n SMPKV Shah Alam, Khairul Anuar Suhib berkata, bukan itu saja, pelajar yang sudah tamat tingkatan lima turut berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat diploma dalam bidang kemahiran.

“Tahun lalu, 25 pelajar SMPKV Shah Alam berjaya melanjutka­n pengajian di politeknik yang turut ditanggung kerajaan.

“Kita lihat peluang ke politeknik itu masih belum direbut dengan wajar oleh pelajar,” katanya.

Khairul Anuar berkata, tiada pendedahan serta malu menghantar anak ke sekolah khas antara punca tiada penambahan permohonan pelajar OKU ke sekolah berkenaan ketika ini.

Beliau berkata, SMPKV Shah Alam kini mempunyai 205 pelajar yang terdiri daripada kategori masalah pembelajar­an serta pendengara­n tingkatan empat dan lima.

Menurutnya, pelbagai kursus ditawarkan di sekolah ini antaranya pembuatan pakaian wanita, pendandan rambut, peralatan dan penyaman udara, pemasangan dan penyelengg­araan elektrik serta pembuatan batik.

“Ada juga kursus pembuatan perabot, operasi pengemasan, penyediaan dan pembuatan makanan serta servis dan menyelengg­ara motosikal,” katanya.

Menurutnya, pelajar juga menerima bimbingan daripada guru sepenuhnya memandangk­an mereka terdiri daripada pelbagai kategori antaranya lambat pembelajar­an, sindrom Down, hiperaktif, autisme serta cacat anggota.

Katanya, walaupun mereka adalah pelajar istimewa namun mereka memiliki kesungguha­n serta mampu menghasilk­an produk berkualiti. “Mereka juga ada kemahiran yang baik dan ia perlu digilap,” katanya.

 ??  ?? GURU, Surani Mohamed menunjukka­n cara menjahit yang betul kepada pelajar.
GURU, Surani Mohamed menunjukka­n cara menjahit yang betul kepada pelajar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia