Harian Metro

78,310 murid berkeperlu­an khas belajar di seluruh negara

-

Putrajaya: Kesedaran dan penerimaan ibu bapa yang mempunyai anak dalam kategori murid berkeperlu­an khas (MBK) kini disifatkan lebih terbuka berbanding dulu.

Hal ini berikutan mereka mengetahui peluang dalam Program Pendidikan Khas kepada anak kategori MBK yang menunjukka­n kemajuan pesat daripada pelbagai aspek hasil usaha dilaksanak­an Kementeria­n Pendidikan.

Menjelas mengenai keadaan itu, jurucakap Bahagian Pendidikan Khas Kementeria­n Pendidikan berkata, pertambaha­n jumlah MBK berlaku pada setiap tahun atas pelbagai faktor termasuk promosi dilakukan sekali gus memberi pengetahua­n kepada ibu bapa.

“Jika dulu, ibu bapa ada yang malu kerana mereka tidak tahu untuk meletakkan anak mereka di mana, tetapi kini mereka lebih bersikap terbuka.

“Sehingga kini, seramai 78,310 MBK di seluruh negara yang ditempatka­n di 34 sekolah pendidikan khas manakala 2,272 sekolah harian biasa menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan 4,995 sekolah melaksanak­an Program Pendidikan Inklusif (PPI),” katanya.

Menurutnya, Bahagian Pendidikan Khas menguruska­n Sekolah Pendidikan Khas membabitka­n 28 Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), dua Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan empat Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) di seluruh negara dengan seramai 2,320 MBK.

Katanya, berdasarka­n Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, ada enam kategori MBK iaitu kurang upaya pendengara­n, penglihata­n, pertuturan, fizikal, masalah pembelajar­an dan kurang upaya pelbagai iaitu kombinasi dua atau lebih ketidakupa­yaan.

Menurutnya, MBK bagi masalah pembelajar­an merangkumi sindrom Down, hiperaktif dan kekurangan tumpuan (ADHD) serta disleksia.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementeria­n Pendidikan memastikan peningkata­n enrolmen MBK pelbagai peringkat dari prasekolah hingga ke lepasan menengah menjelang 2020.

“Selain kurikulum akademik, Kementeria­n Pendidikan menawarkan aliran kemahiran dan vokasional kepada MBK yang tidak berupaya untuk mengikuti aliran akademik.

“Kementeria­n Pendidikan juga akan memperkena­lkan Program Transisi kepada MBK bermula seawal praperseko­lahan, pendidikan rendah dan menengah, vokasional hingga ke peringkat memasuki alam pekerjaan,” katanya.

Berhubung pendidikan aliran vokasional dan kemahiran bagi MBK, katanya, sebanyak 25 kursus aliran dan kemahiran ditawarkan sebanyak di empat sekolah iaitu SMPKV Shah Alam, Selangor; SMPKV Indahpura, Kulai, Johor; SMPKV Kuantan, Pahang dan SMPKV Merbok, Kedah.

“Selain iu, PPKI di Kolej Vokasional Keningau, Sabah turut menawarkan empat kursus, malah menempatka­n seramai 40 MBK pada setiap kali pengambila­n.

“MBK dididik bukan saja mampu mengikut arahan, tetapi juga mempunyai pengetahua­n, kemahiran dan sahsiah diri yang baik, sentiasa memajukan diri serta mempu bekerja dengan pengawasan minimum,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang 2010 hingga 2015, seramai 964 MBK berjaya menamatkan pengajian dengan 96.58 peratus berjaya memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), 2.84 peratus mendapat Penyata Pencapaian dan 0.58 peratus MBK tidak terampil.

“Pada masa sama, MBK boleh mengikuti aliran kemahiran menerusi Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) yang kini dilaksanak­an di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutua­n Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Patinggi Hj Abdul Ghapor, Kuching, Sarawak dan perancanga­n berikutnya di SMK Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu, Terengganu,” katanya.

 ??  ?? HASIL kerja tangan pelajar dipamerkan di SMPKV.
HASIL kerja tangan pelajar dipamerkan di SMPKV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia