Harian Metro

19 berlepas ke Tanah Suci

-

Kuala Lumpur: Seramai 16 pelajar dan tiga guru dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyy­ah berlepas ke Tanah Suci hari ini untuk menunaikan umrah selama 10 hari.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata, beliau bersyukur dan gembira urusan dokumentas­i semua pelajar berkenaan akhirnya dipermudah­kan.

“Esok saya akan bertemu mereka di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 10 pagi.

“Bagaimanap­un, saya tidak dapat bersama-sama kerana ada urusan perniagaan di Brunei, namun saya mendoakan mereka dapat melakukan ibadat umrah dengan tenang dan sempurna,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. Vida berkata, beliau pergi lebih awal manakala rombongan pelajar berkenaan menyusul berikutan berdepan masalah dokumentas­i perjalanan selain memilih tarikh yang bersesuaia­n dengan mereka.

“Insya-Allah saya akan menyambut kepulangan mereka ke tanah air di KLIA sebelum membawa mereka terus ke rumah saya di Ipoh.

“Ikut cadangan mereka juga akan terus dibawa tinggal di rumah saya sementara menantikan bangunan baru pusat tahfiz berkenaan siap sepenuhnya,” katanya.

Vida memenuhi janjinya membawa pelajar tahfiz berkenaan supaya mereka dapat melupakan trauma dan tekanan berikutan kebakaran di pusat pembelajar­an itu pada 14 September lalu yang mengorbank­an 23 nyawa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia