Harian Metro

Ingat keluarga susah

-

Machang: Kesusahan ibu bapa membesarka­n dirinya dan 12 adik-beradiknya menjadi kekuatan buat graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan untuk melakukan yang terbaik.

Niatnya sebaik menjejakka­n kaki ke menara gading untuk menggapai kejayaan dan mengubah nasib keluarga sehingga berjaya membuktika­nnya apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Graduan Terbaik Khas (Inovasi) bagi Seni Reka Tekstil, semalam.

Nurul Ain Ali, 24, yang berasal dari Kuantan, Pahang, menerima anugerah itu pada Istiadat Konvokesye­n Ke-87 UiTM Kelantan yang disempurna­kan Pro-Canselor UiTM Tan Sri Sallehuddi­n Mohamed.

Seramai 1,620 graduan menerima ijazah sarjana muda dan diploma masing-masing manakala empat daripada mereka termasuk Nurul Ain menerima Anugerah Graduan Terbaik.

Nurul Ain berkata, bapanya hanya bekerja sebagai pencari akar kayu untuk ubat tradisiona­l manakala ibunya suri rumah dan mereka banyak berkorban memastikan dia dan adik-beradiknya mendapat pendidikan.

“Selama ini mereka menjadi sumber inspirasi saya berkarya dan pendorong untuk cemerlang dalam pendidikan.

“Kesusahan keluarga kami bukan penghalang untuk saya berjaya dan ia juga bukan satu kekurangan,” katanya yang kini melanjutka­n pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang sama.

Anak ke-12 itu yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.70 berhasrat mendalami ilmu seni reka tekstil dan menjadi pakar dalam bidang berkenaan.

 ??  ?? NURUL Ain dipeluk ibu dan adiknya berkongsi kegembiraa­n.
NURUL Ain dipeluk ibu dan adiknya berkongsi kegembiraa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia