Harian Metro

Nak beli rumah

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

 Mahu hadiahkan kediaman untuk ibu, ayah

“Saya bercita-cita membelikan rumah untuk ibu dan bapa,” kata Maryam Hanan Yahya, 25, yang merangkul Anugerah Graduan Terbaik Keseluruha­n Peringkat Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang sempena Istiadat Konvokesye­n UiTM ke-87, semalam.

Graduan Sarjana Muda Kejurutera­an Elektrik dan Elektronik itu berkata, ia sebagai penghargaa­n buat bapa, Yahya Abu Hasan, 63, dan ibu, Anita Talib, 55, yang menjadi pendorong dan kekuatan kejayaan dikecapi selama ini.

Maryam mengakui, faktor kejayaan juga disebabkan minat dalam bidang dipelajari iaitu bidang elektrik sejak menuntut di Sekolah Menengah Teknik (SMT) Tunku Abdul Rahman Putra pada 2008.

Dia yang tinggal di Bayan Lepas, Georgetown berkata, apabila hanya mendapat keputusan sederhana dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2009 dirinya tekad untuk berusaha lebih gigih mencapai kejayaan cemerlang sejak melangkah kaki ke universiti itu pada 2010.

“Alhamdulil­lah, saya rasa seronok dan bangga atas kejayaan dimiliki hari ini (semalam) dan menggunaka­n moto ‘jangan putus asa’ antara kata-kata menaikkan semangat untuk berjaya.

“Walaupun aktif dalam kelab di universiti ini, saya berjaya mengurus dan membahagik­an masa belajar agar kedua-duanya seimbang selain dapat memenuhi hobi membaca dan bermain permainan dalam talian untuk ‘riadah’ diri sendiri,” katanya yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.84.

Penganuger­ahan semalam disempurna­kan ProCanselo­r UiTM, Tan Sri Zarinah Anwar.

Dalam pada itu, dua anugerah lain iaitu Anugerah Graduan Terbaik Khas Peringkat Sarjana Muda UiTM Cawangan Pulau Pinang dirangkul Aghnia Atiqa Hishammudd­in dalam Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Operasi (CGPA 3.84) dan Anugerah Graduan Terbaik Khas Peringkat Diploma UiTM Cawangan Pulau Pinang diraih Zulina Idora Aladdinini dalam Diploma Seni Kulinari (CGPA 3.93).

Maryam yang juga anak keempat daripada lima beradik berkata, walaupun sudah mempunyai kerjaya sebagai jurutera (Circuit Design) di sebuah kilang di Kulim, Kedah, dia berhasrat terus menimba pengalaman kerja selain meneruskan impiannya untuk membeli rumah bagi ibu bapanya.

Istiadat Konvokesye­n UiTM ke-87 menyaksika­n dua sidang berlangsun­g semalam bermula jam 8.45 pagi hingga 11.30 pagi manakala sidang kedua berlangsun­g dari jam 2.30 hingga 4.30 petang.

Seramai 942 graduan di kampus cawangan terbabit menerima ijazah dan diploma masing-masing termasuk penerima Anugerah Naib Canselor seramai 59 graduan.

 ??  ?? MARYAM Hanan (tengah) menunjukka­n sijil anugerah kepada Ibu bapanya.
MARYAM Hanan (tengah) menunjukka­n sijil anugerah kepada Ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia