Harian Metro

‘Dah salah mengakulah’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

 Zahirah terkilan Kamal babitkan namanya dalam masalah hubungan dengan Emma

“Saya mahu Kamal minta maaf. Kalau sudah buat salah, sedar diri dan mengaku saja.”

Itu permintaan pelakon Zahirah Macwilson kepada Kamal Adli apabila pelakon itu mendakwa Zahirah menjadi punca hubunganny­a dengan Emma Maembong berakhir.

Zahirah, 22, berkata, Kamal tidak sepatutnya bertindak demikian dengan mengheret namanya sekali gus ingin melepaskan diri daripada masalah yang ditimbulka­n.

“Jangan babitkan nama orang lain. Bukan saya seorang, malah dengan kru produksi juga dia buat perkara sama. Jadilah lelaki sejati.

“Kalau betul tak nak, sepatutnya berterus terang dari awal. Jangan buat seperti ini dengan menyakitka­n hati kekasih,” katanya kepada Harian Metro.

Zahirah juga terkilan dengan sikap Kamal yang mendakwa dia ‘terhegeh-hegeh’ mahukannya.

“Itu masalah mereka berdua. Apa yang berlaku, saya memang tak tahu-menahu. Namun, sekali lagi saya terkejut apabila dalam kenyataan Emma hari ini (semalam), dia masih menyebut nama saya.

“Disebabkan itu, saya terus menghantar mesej kepadanya dan bertanyaka­n mengenai perkara ini. Dalam perbualan kami, Emma memberitah­u Kamal memaklumka­n kepadanya saya ‘terhegeh-hegeh’ mahukannya.

“Menerusi perbualan saya dengan Kamal pula, dia mengakui saya tidak terbabit dalam masalah mereka tetapi apa yang dia beritahu kepada Emma adalah sebaliknya. Apa sebenarnya yang Kamal cuba buat dan buktikan? Saya pelik dan hairan dengan sikapnya,” katanya.

Mengulas mengenai tindakanny­a memuat naik perbualan dengan Kamal di aplikasi WhatsApp di Instagram miliknya semalam, Zahirah berkata, ia bertujuan untuk menjelaska­n keadaan sebenar.

Zahirah yang juga pelakon drama Duda Pujaan Dara mengakui belum bersedia untuk bekerjasam­a dengan Kamal dalam mana-mana drama selepas ini.

“Buat masa sekarang saya tak nampak jalan untuk kami bekerjasam­a. Apa yang terjadi ini membuatkan hubungan baik sebagai rakan pelakon menjadi renggang. Saya jadi tak seronok apabila Kamal buat semua ini sehingga ia jadi masalah besar,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan kekasihnya, Zul Ariffin atas apa yang berlaku, Zahirah mengakui hubungan cinta mereka masih utuh.

“Zul tahu perkara ini, malah dia ada bersama ketika saya berjumpa dengan Emma dan Kamal awal bulan ini. Apa yang berlaku sedikit pun tidak mengganggu hubungan kami.

“Zul lebih mengenali saya, malah apabila timbul isu ini saya meminta nasihat daripadany­a. Dia mahu saya lebih berhati-hati selepas ini,” katanya.

 ??  ?? EMMA
KAMAL
ZAHIRAH
EMMA KAMAL ZAHIRAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia