Harian Metro

Dua pemandu bebas pengaruh dadah

-

Bukit Mertajam: Siasatan polis mendapati dua pemandu bas kilang yang ditahan sejurus nahas mengorbank­an lapan nyawa di Kilometer 147, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampira­n Plaza Tol Juru, pagi kelmarin, bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ujian saringan air kencing dijalankan terhadap pemandu berusia 23 dan 37 tahun itu didapati negatif.

“Bagaimanap­un, kami masih menunggu keputusan ujian darah dua pemandu bas itu yang sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk proses tindakan selanjutny­a.

“Bas berkenaan sudah dihantar ke Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut dan pemeriksaa­n akan dilakukan bagi mengenal pasti kerosakan dialami pada kedua-dua bas terbabit sebelum berlaku nahas,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, kedua-dua pemandu bas itu kini direman empat hari sehingga 27 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Beliau berkata, hasil semakan rekod mendapati, kedua-dua pemandu itu mempunyai lesen memandu, bagaimanap­un pemandu bas berusia 23 tahun yang memberhent­ikan kenderaan itu kerana mengalami kerosakan didapati mempunyai tiga waran tangkap kerana kesalahan tiada lesen memandu, tidak patuh lampu isyarat merah dan tidak memakai tali pinggang keledar.

Menurutnya, seorang lagi pemandu berusia 37 tahun yang merempuh bas terbabit didapati tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

Dalam kemalangan jam 5.50 pagi kelmarin, sebuah bas kilang membawa 29 pekerja warga Indonesia dan seorang pekerja Nepal berhenti di lorong kiri kerana mengalami kerosakan enjin.

“Arwah baru dua bulan bekerja di Malaysia dan saya tidak menyangka kejadian ini meragut nyawanya,” demikian kata Alam Shah, 30, mengenai adik iparnya, Faridah Mohamad, 18, antara tujuh wanita warga Indonesia yang maut dalam kemalangan membabitka­n dua bas kilang di Kilometer 147 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampira­n Plaza Tol Juru, pagi kelmarin.

Alam Shah berkata, selain arwah, isterinya Nur Azizah Mohamad, 25, dan seorang lagi adik iparnya, Dahlia Mohamad, 21, bekerja di Pulau Pinang manakala dia bekerja di Shah Alam sebagai buruh binaan.

“Mereka bertiga bekerja di kilang di Prai dan Bayan Lepas termasuk arwah Faridah yang bekerja di kilang Seberang Jaya: Semua tujuh jenazah wanita warga Indonesia yang maut dalam kemalangan membabitka­n dua bas kilang di Kilometer 147, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dekat Plaza Tol Juru, pagi kelmarin akan dihantar pulang dan dijangka tiba di Indonesia hari ini atau esok.

Naib Konsul Jeneral Indonesia di Pulau Pinang Osrinikita Zubhana berkata, semua jenazah dihantar menggunaka­n penerbanga­n yang kosnya ditanggung kilang masing-masing.

Beliau berkata, empat mangsa berasal dari Medan, manakala selebihnya masing-masing berasal dari Jawa Tengah, Jawa Timur dan Aceh dan pihaknya sudah memperoleh surat pelepasan dan dokumen berkaitan daripada kerajaan Malaysia, hospital dan polis.

Menurutnya, proses penghantar­an akan dilakukan selepas selesainya proses bedah siasat dan jenazah akan dimandikan serta dikafankan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

“Semua

ahli

keluarga

“Kami akan mendapatka­n maklumat terperinci mengenai pampasan diterima waris mangsa yang meninggal dunia dan tercedera.

“Kami akan cuba kerana itu adalah hak pekerja apatah lagi selepas mereka ditimpa kemalangan,” katanya di HSJ, semalam.

 ??  ?? PETUGAS yang dilantik pihak syarikat menghantar tujuh keranda ke bilik mayat. SEBAHAGIAN rakan sekerja serta ahli keluarga mangsa menunggu proses menuntut jenazah.
PETUGAS yang dilantik pihak syarikat menghantar tujuh keranda ke bilik mayat. SEBAHAGIAN rakan sekerja serta ahli keluarga mangsa menunggu proses menuntut jenazah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia