Harian Metro

Tak cukup maklumat

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

 Mahkamah diberitahu empat suspek masih bebas tidak dapat ditahan

Mahkamah Tinggi di sini, semalam, diberitahu, empat suspek yang masih bebas dalam kes bunuh lelaki warga Korea Utara, Kim Chol sehingga kini tidak ditahan polis disebabkan kekurangan maklumat terhadap mereka.

Perkara itu dimaklumka­n Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA Asisten Superinten­dan (ASP) Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz dalam perbicaraa­n kes terbabit yang masuk hari ke-10 di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin.

Menurut Wan Azirul, hasil siasatan dilakukann­ya, beliau hanya mendapat nama gelaran keempat-empat suspek berkenaan dan tidak memperoleh sebarang maklumat peribadi lain seperti nombor pasport dan telefon.

“Sehingga kini, polis mengeluark­an arahan dan permohonan bantuan Cawangan Khas Bukit Aman serta Interpol untuk membantu mengesan suspek yang masih bebas,” katanya ketika menjawab pemeriksaa­n utama Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin.

Beliau berkata demikian ketika menjadi saksi kesembilan pendakwaan dalam perbicaraa­n terhadap warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 28, yang didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Jong-nam, 45, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), jam 9 pagi, pada 13 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam perkembang­an lain, mahkamah dimaklumka­n bahawa seorang lelaki bernama Ri Jong-Chol yang ditahan dalam kes bunuh berkenaan dilepaskan kerana tiada sebarang bukti untuk membuat pertuduhan ke atasnya.

Wan Shaharuddi­n: Dalam kes ini, ada seorang lelaki bernama Ri Jong-Chol yang ditahan berhubung dengan kes ini?

Wan Azirul: Ya, ada Yang Arif.

Wan Shaharuddi­n: Teruskan.

Wan Azirul: Hasil siasatan dijalankan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wujud sebuah kenderaan yang didaftarka­n ke atas nama Ri Jong-Chol dan kenderaan itu dilihat menghantar dua suspek yang masih bebas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Wan Shaharuddi­n: Kemudian?

Wan Azirul: Berdasarka­n maklumat, saya sebagai pegawai penyiasat kes ini berasa perlu untuk berurusan dengan Ri Jong-Chol bagi melengkapk­an siasatan kes berkenaan

Wan Shaharuddi­n: Jadi, tiada bukti untuk dia (Ri Jong-Chol) dituduh dalam kes ini?

Wan Azirul: Dalam kes ini, Ri Jong-Chol dibebaskan kerana tiada sebarang bukti untuk membuat pertuduhan ke atasnya.

Wan Shaharuddi­n: Apa terjadi dengan Ri Jong-Chol?

Wan Azirul: Ri Jong-Chol mendapat arahan untuk diusir keluar dari Malaysia.

Wan Shaharuddi­n: Kenapa?

Wan Azirul: Ia kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan.

Wan Shaharuddi­n: Kenderaan jenis apa, ingat lagi?

Wan Azirul: Jenis Naza Ria berwarna kelabu.

Wan Shaharuddi­n: Nombor pendaftara­n?

Wan Azirul: Maaf, saya tidak ingat.

Wan Shaharuddi­n: Awak ingat bila Ri Jong-Chol diusir? Wan Azirul: Maaf, saya tidak ingat.

Sementara itu, ketika disoal Wan Shaharuddi­n mengenai lelaki bernama Muhammad Farid Jalaludin, saksi itu berkata, lelaki berkenaan ditahan bersabit dengan kes itu, namun dia diberikan jamin bon mahkamah.

“Berdasarka­n siasatan saya, Muhammad Farid dan Siti Aisyah adalah pasangan kekasih,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, mahkamah diberitahu Kedutaan Republik Rakyat Demokratik Korea mengesahka­n Kim Chol adalah rakyat negaranya.

Saksi itu berkata, pengesahan kerakyatan dan pasport Kim Chol dibuat di pejabat kedutaan negara itu.

Mahkamah diberitahu bahawa Kim Chol berada di negara ini selama seminggu sebelum dia dibunuh menggunaka­n agen saraf VX di Balai Berlepas klia2, jam 9 pagi, pada 13 Februari lalu.

Wan Azirul berkata, kemasukan Kim Chol direkodkan di Pintu Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 6 Februari 2017 dan maklumat pergerakan si mati diperoleh melalui pesawat klia dan Jabatan Imigresen.

Perbicaraa­n bersambung hari ini.

 ??  ?? DOAN (gambar kiri) dan Siti Aisyah (gambar kanan) dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
DOAN (gambar kiri) dan Siti Aisyah (gambar kanan) dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia