Harian Metro

Perangkap ‘kedai ubat’ maya

-

Kuala Lumpur: Janjikan tubuh sempurna tanpa cacat cela. Itu antara kegiatan ribuan ‘kedai ubat’ haram yang beroperasi di laman sesawang Internet.

Rata-rata pemilik kedai ubat itu memasarkan produk untuk menguruska­n badan, meninggika­n tubuh, memutihkan kulit serta mengubah struktur wajah.

Walaupun produk dijual tidak mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), namun sambutan diterima cukup hebat berikutan ramai rakyat negara ini sanggup mengambil risiko.

Hasil tinjauan wartawan Harian Metro di beberapa laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog mendapati masih wujud aktiviti penjualan produk yang diharamkan KKM sebelum ini.

Antara produk popular di laman sosial membabitka­n krim pemutih, pil kurus, menghilang­kan jerawat dan juga ubat perangsang seks.

Selain itu pil khusus untuk tumbesaran otot, menggugurk­an janin selain pil psikotropi­k turut bebas dijual di kedai ubat itu.

Ada antara laman sosial berkenaan beroperasi lebih tiga tahun dengan kebanyakan pelanggan mereka wanita berusia 20 hingga 40-an yang mahu kelihatan menarik tanpa memikirkan kesan sampingan.

Difahamkan juga, urusan jual beli produk berkenaan dilakukan di atas talian bertujuan mengelak dikesan atau diambil tindakan pihak berkuasa.

KKM baru-baru ini mengeluark­an senarai lebih 20 produk mengandung­i pelbagai racun berjadual namun ada antara penjual terbabit mendakwa produk itu selamat dan tidak memberi kesan kepada pengguna.

Antara produk berkenaan adalah Moleek Day Cream, Adel Miracle Flawless Serum, Ah Beauty Night Cream, Ndz UV Whitening, Snow Cream Normal, Snow Cream Sensitif, Dnar Nar Cream-Sensitif, Ellfie Night Cream, Tati Skincare Night Cream, Tati Skincare Treatment Cream, Moleek Anti Pigment Cream, Night Glowing, Night Glow dan Qu Gebu AP krim.

Kebanyakan produk berkenaan mengandung­i racun berjadual iaitu merkuri, hydroquino­ne dan tretinoin yang boleh memberi kesan kepada pengguna.

Ada antara produk berkenaan begitu dikenali di laman sosial dan blog selain menjadi pilihan orang ramai terutama wanita dan remaja untuk kelihatan lebih cantik.

 ??  ?? ANTARA produk mengandung­i pelbagai racun berjadual yang dikeluarka­n KKM.
ANTARA produk mengandung­i pelbagai racun berjadual yang dikeluarka­n KKM.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia