Harian Metro

Keputusan tepat

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

 Langkah ‘tidak popular’ laksana GST perlihat kesan positif

Keputusan ‘tidak popular’ yang dilaksanak­an kerajaan sejak beberapa tahun lalu sudah memperliha­tkan kesan yang sangat positif terutama dalam sektor pertumbuha­n ekonomi.

Pakar Geostrateg­is, Azmi Hassan berkata, perkara itu dapat dibuktikan dengan pengenalan sistem percukaian baru menggantik­an kaedah lama yang dilihat tidak lagi efektif.

“Jika kita melihat kepada landskap geopolitik di mana-mana sekali pun, jarang sekali pemimpin atau ketua negara memperkena­lkan sistem percukaian baru kerana ia keputusan tidak popular.

“Namun, langkah kerajaan untuk melaksanak­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) memberi kesan positif selepas kejatuhan harga minyak dalam pasaran dunia.

“Ini contoh paling baik apabila kerajaan mengambil langkah perlu dan bukannya langkah yang popular untuk memenangi hati rakyat,” katanya, semalam.

Azmi berkata, perkara itu turut ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kelmarin bahawa langkah tidak popular kerajaan itu menyelamat­kan ekonomi negara, sekali gus rakyat negara ini.

Semalam, Perdana Menteri menerusi satu kenyataan yang bertajuk Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia memberi fokus bahawa Bajet 2018 akan terus dipacu dengan mengambil keutamaan kepentinga­n rakyat serta memperbetu­lkan masalah lalu.

Najib dalam kenyataan itu berkata, keputusan sukar terpaksa dibuat kerajaan yang sudah pastinya tidak popular namun demi melindungi Malaysia, ia perlu dilakukan.

Sementara itu, Pensyarah Sosiologi Politik, Prof Dr Sivamuruga­n Pandian berkata, ketika Perdana Menteri mengambil alih jawatan, kedudukan ekonomi negara tidak begitu baik.

“Saya bersetuju bahawa pakej rangsangan ekonomi besar berjumlah RM67 bilion itu sudah menampakka­n hasilnya sekarang. Ketika banyak negara dunia menghadapi kemeleseta­n dan penguncupa­n ekonomi, sebaliknya berlaku apabila negara kita semakin positif.

“Biarpun Perdana Menteri mengakui kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia, ia hanya bersifat sementara,” katanya.

 ?? Azmi Hassan ?? Langkah kerajaan untuk melaksanak­an GST memberi kesan positif selepas kejatuhan harga minyak dalam pasaran dunia”
Azmi Hassan Langkah kerajaan untuk melaksanak­an GST memberi kesan positif selepas kejatuhan harga minyak dalam pasaran dunia”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia