Harian Metro

Tambah peruntukan sektor digital

-

Pertubuhan Pendidikan Digital Malaysia (MDEA) berharap Bajet 2018 akan menyediaka­n lebih banyak peruntukan untuk memperkasa sektor pendigital­an khususnya pendidikan digital bagi memenuhi keperluan kerja untuk ekonomi di negara ini, kata Presidenny­a, Kahar Kamaruddin.

Beliau berkata, pendidikan digital dan ekonomi digital adalah satu keperluan negara yang penting untuk tempoh jangka panjang bagi menjana hasil pendapatan yang stabil untuk menjamin urusan pentadbira­n yang cekap dan mampan.

“Kerajaan masih perlu fokus dan memperkema­skan lagi isi kandungan digital tempatan. Oleh itu, saya berharap pendidikan digital akan menjadi fokus dalam Bajet 2018 supaya isi kandungan

>>Bajet 2018 ambil keutamaan kepentinga­n rakyat serta memperbetu­lkan masalah lalu

digital dapat dibina mengikut gaya hidup, budaya dan keperluan Malaysia.

“Justeru, kita boleh mendidik masyarakat kita untuk lebih berinovasi dan kreatif supaya isi kandungan digital tempatan boleh menampung keperluan negara selain dieksport ke luar negara,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentang­kan Bajet 2018 di Dewan Rakyat, esok.

Mengenai peranan MDEA, Kahar berkata, pertubuhan itu menawarkan khidmat pembanguna­n kapasiti dan meningkatk­an kualiti pengurusan bagi melatih graduan yang baru menamatkan pengajian di universiti untuk mewujudkan kepakaran baharu menjurus kepada kehendak dan keperluan industri. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia