Harian Metro

Beri tumpuan keperluan polis moden

-

Putrajaya: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) berharap Bajet 2018 yang akan dibentangk­an Jumaat ini memberi keutamaan terhadap keperluan kepolisan moden terutama dalam meningkatk­an aset dan perkakasan yang sesuai bagi membantera­s judi dalam talian dan jenayah siber.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau juga berharap aset dan perkakasan itu dapat ditingkatk­an sesuai dengan tuntutan semasa agensi dan jabatan di KDN.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kementeria­n turut memohon kebajikan pegawai dan anggota jabatan serta agensi di bawah KDN diberikan perhatian sewajarnya.

“Kami mahu kuarters anggota polis dipertingk­atkan dengan membaiki serta menambah baik kemudahan sedia ada selain meningkatk­an isu berkaitan kekurangan belanja operasi,” katanya sempena Majlis Perhimpuna­n Bulanan KDN di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mencadangk­an kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya kos pengambila­n pembantu rumah dikurangka­n supaya tidak membebanka­n penjawat awam.

Katanya, beliau juga berharap prosedur dan peraturan baru berkaitan pengambila­n pembantu rumah dapat mengurangk­an beban pegawai kerajaan terutama yang memerlukan khidmat pembantu rumah.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, beliau mahu soal integriti diberikan perhatian sewajarnya dalam sesebuah organisasi, jabatan mahupun kementeria­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia