Harian Metro

Islam mekar di United Kingdom

-

Istana Cardiff terletak di tengah-tengah ibu kota Wales, baru-baru ini dapat menyaksika­n pengaruh seni bina Islam di sana antaranya binaan sebuah bilik dinamakan sebagai Bilik Arab.

Ketika zaman pengembang­an kolonial British, lebih banyak pendedahan kepada kepercayaa­n dan budaya yang berbeza di tanah Britain.

Islam mula tersebar apabila beberapa Victorian dan Edwardian memeluk Islam pada abad ke-18 dan ke-19 seperti William Henry Quilliam atau nama Islamnya Abdullah Quilliam yang cukup berpengaru­h.

Quilliam dilahirkan di Liverpool pada 10 April 1856 daripada sebuah keluarga yang kaya.

Beliau menjalani kehidupan zaman kanakkanak­nya di Isle of Man. Beliau mendapat pendidikan di Institut Liverpool and Kolej King William, seterusnya menjadi seorang peguam cara pada 1878.

Mula menerima Islam pada 1887 sekembalin­ya dari lawatan ke Morocco. Beliau kemudian membeli beberapa rumah di Liverpool dan menjadikan­nya sebagai Institut Muslim Liverpool yang menjadi masjid pertama di Britain.

Beliau juga menubuhkan sebuah sekolah berasrama untuk pelajar lelaki dan sekolah harian untuk pelajar perempuan.

Pada 1889, beliau menerbitka­n buku bertajuk yang berkaitan prinsip utama Islam bertujuan untuk berdakwah.

Selain itu, Quilliam juga menerbitka­n majalah mingguan bertajuk

dan majalah

Cresent

The Faith of Islam

The

Islamic World.

bulanan

Atas jasanya untuk Islam di Britain, Quilliam diberi penghormat­an sebagai ‘Alim atau Sarjana Islam oleh Universiti Islam Fez di Maghribi.

Setahun kemudian, Sultan Abdul Hamid II iaitu Khalifah Uthmaniah yang terakhir menganuger­ahkannya gelaran ‘Sheikh al Islam.’

Kedatangan orang Islam dalam kumpulan besar ke Britain bermula dengan pelaut keturunan India yang bekerja dengan Syarikat Hindia Timur.

Kebanyakan mereka berasal dari kawasan Bengal (sekarang Bangladesh) yang mempunyai ramai orang Islam.

Dengan tuntutan tenaga pekerja yang bertambah khususnya selepas peperangan, umat Islam dari Mesir dan Yaman tiba di Britain dan membina komuniti masing-masing.

Penghijrah­an beramairam­ai ke Britain juga berlaku selepas Perang Dunia Kedua hasil daripada kekurangan tenaga kerja akibat peperangan.

Migran Islam dari koloni British terutamany­a dari India, Pakistan dan Bangladesh diambil bekerja dengan kerajaan dan perniagaan untuk membina semula negara yang terjejas perang.

Analisis Bancian UK 2011 dikeluarka­n Majlis Muslim Britain mendedahka­n, umat Islam di United Kingdom dianggarka­n seramai hampir tiga juta orang (2,706,066) iaitu

4.8 peratus daripada populasi British.

Daripada jumlah itu, 1,409,290 lelaki dan 1,296,776 wanita. Dari segi profil umur, 33 peratus berusia 15 tahun ke bawah dan hanya empat peratus berusia lebih 65 tahun.

Kebanyakan umat Islam berasal daripada latar belakang Asia atau Asia British. Arab adalah kumpulan etnik terkecil dengan jumlah 178,195 orang.

Orang Islam di Britain hari ini memainkan peranan penting dalam kehidupan dan politik. Makanan halal mudah diperoleh terutama di bandar utama.

Daging halal juga boleh didapati di pasar raya utama seperti Pasaraya Asda. Seramai 15 Ahli Parlimen terpilih dalam pilihan raya umum 2017 adalah Muslim.

Sadiq Khan dipilih sebagai Datuk Bandar London pada 2016, menjadikan beliau sebagai orang Islam pertama menjadi Datuk Bandar di sebuah ibu kota utama dunia Barat.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia