Harian Metro

Bebas dengan jaminan RM50,000

-

Kinabalu: Seorang ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) Amarjit Singh, semalam dibebaskan daripada reman berkaitan siasatan kes penyelewen­gan RM1.5 bilion peruntukan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Amarjit, 47, adalah individu ke-10 yang direman sebelum dibebaskan dengan jaminan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Prosiding dijalankan di hadapan Majistret Cindy Mc Balitus di Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Amarjit diperintah membayar jaminan RM50,000 dengan deposit RM15,000 oleh dua penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Pada prosiding itu, SPRM diwakili Pegawai Pendakwa Mohd Faliq Basiruddin manakala Amarjit diwakili Loretto Padua Jr.

Sebelum ini, Amarjit direman enam hari bermula 20 Oktober lalu dan tamat semalam bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Setakat ini, SPRM menahan reman 13 individu di Sabah dan Putrajaya termasuk Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, 60, Naib Presidenny­a Datuk Peter Anthony, 46, serta Ketua Wira parti itu Datuk Mohd Azis Jamman, 43.

Individu lain termasuk Ketua Penerangan Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda UMNO Tenom Jamawi Jaafar, 43, Ketua Pemuda UMNO Tawau Ariffin Kassim, 44, dan seorang ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52.

Dua adik Mohd Shafie, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lahad Datu Datuk Yusof Apdal, 57, dan Hamid, 52, serta menantu Hamid, Manzur Hussien Awal Khan, 33, ditahan reman. Tiga lagi yang direman di Putrajaya, wanita berusia 40 tahun yang juga bekas Timbalan Setiausaha di KKLW dan dua bekas setiausaha Mohd Shafie.

Bagaimanap­uun, 12 daripada mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM. Mohd Shafie pula masih direman hingga Jumaat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia