Harian Metro

Menyamar polis ugut penyamun

-

Kajang: Dua lelaki ditahan polis kerana memeras ugut penjenayah yang menyamun sebuah kedai menjual aksesori telefon bimbit di Jalan Reko Sentral di sini, 7 September lalu.

Pada kejadian jam 5 petang, dua lelaki 20-an menyamun premis berkenaan dengan bersenjata­kan pisau pemotong daging sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, seorang wanita yang juga pekerja premis berkenaan kemudianny­a membuat laporan berkaitan kejadian pada hari sama.

“Hasil maklumat terkumpul, kami menahan suspek berusia 19 tahun di Jalan Aman 6, Taman Kajang Utama, jam 1 pagi 16 Oktober lalu.

“Sebaik ditahan, suspek mendedahka­n dia diugut dua lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai polis.

“Suspek mendakwa dua individu terbabit meminta dia membayar RM500 atau ditahan kerana menyamun premis berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Ahmad Dzaffir berkata, pihaknya kemudianny­a menahan dua lelaki berusia 25 tahun dan 32 tahun di Taman Kajang Utama serta Jalan Cempaka Putih, hasil dua serbuan berasingan pada hari sama suspek kes samun itu ditahan.

“Pada serbuan itu, kami menemui gari yang digunakan suspek untuk menyamar sebagai polis.

“Bagaimanap­un, seorang lagi suspek dikenali sebagai Silen yang menyamun kedai itu masih diburu,” katanya.

 ??  ?? AHMAD Dzaffir (tengah) menunjukka­n barang rampasan yang dirampas dalam kes penyamaran anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kajang.
AHMAD Dzaffir (tengah) menunjukka­n barang rampasan yang dirampas dalam kes penyamaran anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia