Harian Metro

‘Syaitan’ berjubah

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

 Penjenayah gila seks, samun, cabul jemaah wanita ketika solat

Berpura-pura memakai jubah seperti hendak menunaikan solat, namun sebenarnya mahu melakukan samun dan cabul.

Itu taktik atau modus operandi penjenayah ‘berjubah’ yang menyasarka­n surau di sekitar daerah ini untuk mencari mangsa terutama wanita.

Selain surau, penjenayah yang boleh dikategori­kan sebagai ‘gila seks’ itu turut melakukan jenayah sama di Sekolah Agama Rakyat (KAFA Integrasi) di Kelana Jaya.

Penjenayah solo berusia 39 tahun itu didapati melakukan jenayah antara jam 1 tengah hari hingga 3 petang iaitu ketika solat Zuhur dan waktu sekolah agama bermula.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, selain berjubah, suspek turut membawa parang atau pisau untuk mengugut dan menakutkan mangsa.

Menurutnya, ada antara mangsanya dicabul selain barangan berharga termasuk wang tunai, barang kemas dan kad mesin pengeluara­n wang automatik (ATM) dilarikan.

“Suspek bergiat aktif seorang diri sejak beberapa bulan lalu dan dari Jun hingga bulan ini sebanyak empat kes dilaporkan.

“Kes pertama berlaku di sebuah surau di U8, Bukit Jelutong pada 23 Jun lalu, manakala kes kedua pula pada 28 Julai lalu di sebuah sekolah agama di Kelana Jaya.

“Manakala, kes ketiga berlaku pada 18 Ogos lalu di sebuah surau di Seksyen 4, dekat sini, dan kes keempat di Surau Al-Ikhlas, Bukit Jelutong pada 6 Oktober lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Menurutnya, kes yang berlaku di tiga surau itu membabitka­n mangsa yang menunaikan solat bersendiri­an, manakala kejadian di sekolah agama itu berlaku di dalam pejabat.

Katanya, jumlah kerugian keseluruha­n dianggarka­n RM9,000 dan hasil siasatan polis berjaya menjejaki rumah suspek di Kelana Jaya sebelum melakukan serbuan sekali gus menahannya jam 4.45 petang pada 13 Oktober lalu.

“Pelbagai barangan mangsa selain senjata yang digunakan suspek untuk aktiviti jenayah itu ditemui di rumah berkenaan,” katanya.

 ??  ?? SHAFIEN (tengah) menunjukka­n rakaman CCTV dan barang milik suspek kes samun di surau sekitar Shah Alam dalam sidang media
di IPD Shah Alam semalam.
SHAFIEN (tengah) menunjukka­n rakaman CCTV dan barang milik suspek kes samun di surau sekitar Shah Alam dalam sidang media di IPD Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia