Harian Metro

Hanya 986 pusat tahfiz ‘selamat’

-

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sudah melakukan pemeriksaa­n ke atas 1,238 pusat tahfiz di seluruh negara.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, daripada jumlah itu, 910 pusat tahfiz berdaftar dengan Majlis Agama Islam Negeri ataupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan 328 yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak.

“Hasil daripada pemeriksaa­n yang dibuat, kita dapati pusat tahfiz yang mematuhi piawaian keselamata­n kebakaran hanya 986, di mana terdiri daripada 748 tahfiz yang berdaftar dan 238 yang tidak berdaftar.

“Pusat tahfiz yang tidak mematuhi standard keselamata­n kebakaran adalah sebanyak 252 iaitu 169 yang berdaftar dan 83 yang tidak berdaftar.

“Bilangan pusat tahfiz yang mendapat kelulusan bangunan daripada JBPM hanya 80 iaitu 73 pusat tahfiz yang berdaftar dan tujuh yang tidak berdaftar,” katanya pada persidanga­n Dewan

Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) yang ingin tahu usaha kerajaan dalam memastikan keselamata­n bangunan sekolah tahfiz.

Noh berkata, kerajaan juga mewujudkan langkah memperkasa­kan pencegahan kebakaran di pusat tahfiz melalui penubuhan Skuad Bomba Tahfiz.

“Sehingga 17 Oktober 2017, sejumlah 269 Skuad Bomba Tahfiz ditubuhkan dengan keahlian 3,190 orang,” katanya.

 ??  ?? NOH
NOH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia