Harian Metro

‘Input barang mahal bukan sekadar GST’

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Komponen lain seperti kos pengangkut­an, minyak main peranan

Kenaikan harga barang bukan hanya kerana pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) tetapi ada komponen lain yang menyebabka­n kenaikan berkenaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz.

Menurutnya, kos barangan itu bukan hanya sekadar pada cukai tetapi juga membabitka­n ataupun pertukaran mata wang asing serta kos pengangkut­an termasuk turun naik harga minyak.

“Kita tak bolehlah nak kata oleh kerana GST saja, maka harga naik. Kita kena ingat input barangan ataupun kos barangan itu bukan hanya sekadar di atas cukai. Ia juga membabitka­n pertukaran mata wang asing, kos pengangkut­an, adakah minyak naik atau turun.

“Jadi, kita juga memantau kenaikan harga barang. Kita menyedari, kalaupun ada naik tapi dalam masa sama kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertanggun­gjawab juga memberi bantuan, secara langsung dan tidak langsung, seperti BR1M, bantuan pekebun kecil, nelayan, petani dan sebagainya. Semua ini untuk mengimbang­kan kenaikan harga itu supaya tidak membebanka­n mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang bertanyaka­n berkenaan GST dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup pada persidanga­n di Dewan Rakyat, semalam.

Kepada soalan asal Datuk Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit) mengenai GST, Othman berkata, di peringkat awal kerajaan menghadapi cabaran kefahaman masyarakat berkaitan percukaian itu.

Namun, katanya, kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan rakyat dan masyarakat dapat memahami sistem percukaian berkenaan.

“Berdasarka­n kepada rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang kita terima melalui aduan atau masalah pada 2015 adalah sebanyak 6,830 aduan. Pada 2016, ia turun kepada 1,235 dan sehingga Julai 2017 hanya 185 aduan diterima.

“Ini menunjukka­n tahap kefahaman dan peniaga terbabit telah meningkat. Maka, sebab itulah masalah dan aduan diterima makin berkuranga­n,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Aaron Ago yang ingin tahu mengenai peniaga mengambil peluang pelaksanaa­n GST untuk menaikkan harga, Othman berkata, kerajaan sedar sistem kutipan pada peringkat awal mendatangk­an masalah kepada pengguna dan terdapat peniaga mengambil kesempatan.

Menurutnya, ada dalam kalangan peniaga dengan mudahnya meletakkan semua kategori barangan dengan memasukkan enam peratus GST, sedangkan terdapat barangan dikecualik­an daripada dikenakan cukai itu.

Sehubungan itu, katanya, berkaitan kes gagal patuh sebanyak 14,578 kertas siasatan membabitka­n pelbagai kesalahan bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014 telah dibuka dari 1 April 2015 hingga 15 Julai 2017.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,097 kes telah dibawa ke mahkamah dan sebanyak 928 kes telah diputuskan dan dijatuhkan hukuman denda,” katanya.

 ?? Othman ?? Ia juga membabitka­n pertukaran mata wang asing, kos pengangkut­an, adakah minyak naik atau turun”
Othman Ia juga membabitka­n pertukaran mata wang asing, kos pengangkut­an, adakah minyak naik atau turun”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia