Harian Metro

Rawatan dialisis di rumah lebih jimat

-

Kuala Lumpur: Pesakit buah pinggang terutama di kawasan pedalaman digalak melakukan sendiri rawatan dialisis atau mencuci buah pinggang di rumah bagi mengelak kerap berulang ke pusat dialisis atau hospital.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kaedah rawatan dialisis di rumah atau

(CAPD) itu bukan saja memudahkan urusan rawatan, malah mengurangk­an kos pesakit.

Beliau berkata, pesakit perlu melakukan CAPD selama setengah jam, empat kali sehari di rumah dan memerlukan pesakit ke hospital dua bulan sekali untuk pemeriksaa­n berbanding ke hospital setiap minggu untuk rawatan.

“Pesakit akan dilatih untuk melakukann­ya sendiri dengan mematuhi aspek kebersihan secara teliti.

“Kaedah ini juga lebih murah berbanding di hospital yang mencecah RM200 sekali rawatan,” katanya ketika sesi pertanyaan jawab lisan persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Julian Tan Kok Ping (DAP-Stampin) berhubung masalah kekurangan tempat dialisis di hospital dan klinik kerajaan dengan penambahan jumlah pesakit dialisis.

Mengulas lanjut, Dr Hilmi berkata dengan melakukan CAPD, ia dapat menjimatka­n kos rawatan setiap tahun kepada RM25,000 bagi seorang pesakit berbanding RM40,000 bagi rawatan di pusat dialisis.

Bagaimanap­un, beliau berkata, kerajaan akan terus mewujudkan lebih banyak pusat dialisis di seluruh negara bagi menampung peningkata­n jumlah pesakit buah pinggang setiap tahun.

Katanya, bagi menggalakk­an lebih banyak pihak swasta menubuhkan pusat dialisis di negara ini, kerajaan turut memperuntu­kkan dana secara sekali gus berjumlah RM20 juta untuk tujuan berkenaan.

 ?? Dr Hilmi ?? Kaedah ini juga lebih murah berbanding di hospital yang mencecah RM200 sekali rawatan”
Dr Hilmi Kaedah ini juga lebih murah berbanding di hospital yang mencecah RM200 sekali rawatan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia