Harian Metro

Memancing terus hilang Mangsa murung akibat hutang along

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

“Kami cuba menghubung­i telefon bimbit ayah berkali-kali, namun semuanya masuk dalam peti simpanan suara menyebabka­n kami sekeluarga bimbang kerana dia tidak pulang ke rumah sejak keluar memancing, petang Isnin lalu.

“Biasanya kalau memancing dia akan pulang sebelum Isyak, tetapi tiada langsung khabar berita mengenainy­a menyebabka­n kami membuat laporan polis, petang semalam (kelmarin) hingga dimaklumka­n penemuan mayatnya hari ini (semalam),” kata Muhammad Salman.

Muhammad Salman, 21, anak kepada peniaga nasi kandar, Abdus Samad Abdul Ohfoor, 45, yang ditemui lemas di Sungai Kedah berhampira­n Taman Seri Indah, di sini, berkata, bapanya memang suka memancing ikan terutama pada cuti Ahad dan Isnin.

Katanya, apabila mendapati bapa tidak pulang ke

Alor Setar: Siasatan polis mendapati lelaki yang ditemui lemas di Sungai Kedah berhampira­n kedai tayar di Taman Sri Indah, di sini, semalam dipercayai mengalami kemurungan akibat masalah hutang dengan along.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, mangsa, Abdus Samad Abdul Ohfoor, 45, yang bekerja sebagai pembantu kedai dipercayai keluar rumah di Taman Pelangi, Kuala Kedah, Isnin lalu dan tidak pulang selepas itu.

Bagaimanap­un, katanya, motosikal Honda EX5 dinaiki mangsa ditemui berhampira­n Jambatan Ampang Jajar, di sini.

“Usaha mengesan dan

rumah di Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah, dia sekeluarga termasuk ibu, Aminah Omar Din, 41, cuba mencari menyelamat turut dilakukan polis dengan bantuan daripada pasukan bomba dan penyelamat serta orang awam, namun mangsa gagal ditemui dan satu laporan berhubung kehilangan­nya sudah dibuat, semalam (kelmarin).

“Mayat mangsa ditemui tertiarap di tepi Sungai Kedah dan dinaikkan ke darat dengan bantuan bomba.

“Hasil pemeriksaa­n pada badan mangsa mendapati tiada kesan yang mengesyaki berlaku perbuatan jenayah dan pengecaman mayat kemudian dibuat isterinya,” katanya yang dihubungi, semalam.

 Peniaga nasi kandar ditemui lemas dalam sungai

di serata tempat termasuk rumah rakan, tetapi gagal.

“Motosikal ayah ditemui berhampira­n jambatan di

Ampang Jajar tempat dia memancing, namun ayah tidak ada hingga jasadnya ditemui hari ini (semalam) iaitu kira-kira tiga atau empat kilometer dari tempat dia memancing.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergiann­ya kerana dia ayah yang baik dan penyayang, namun mungkin ajalnya dah tiba,” katanya yang juga anak kedua daripada tiga beradik.

Muhammad Salman berkata, kali terakhir dia berbual dengan bapa pada Ahad lalu, sehari sebelum kejadian ketika dia berada di Universiti Selangor selepas mangsa memberitah­u sudah mengirimka­n wang untuknya.

Katanya, bapa sering menasihatk­annya supaya belajar bersungguh-sungguh selain menjaga diri dan keluarga memandangk­an dia anak lelaki tunggal.

“Kami mengesyaki mungkin ayah tergelinci­r ke dalam sungai itu ketika memancing ikan kerana ketika itu dia keluar seorang diri.

“Ayah sudah lama berniaga nasi kandar berhampira­n Pasar Besar Alor Setar dan kehilangan­nya amat dirasai,” katanya.

Mayat Abdus Samad ditemui terapung di Sungai Kedah jam 9.30 pagi semalam dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar membantu menarik mayat mangsa ke tebing sebelum diserahkan kepada polis.

Jenazah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah, semalam.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa yang ditemui di Sungai Kedah ke tebing sebelum diserahkan kepada polis.
ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa yang ditemui di Sungai Kedah ke tebing sebelum diserahkan kepada polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia