Harian Metro

CINTA SERULING

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

 Hobi tiup alat muzik tradisiona­l dorong polis bantuan hasil jenama sendiri

Kuantan

Terpukau dengan kemerduan dan bunyi unik, hatinya terus terpaut buat kali pertama untuk mempelajar­i tiupan seruling serta menjadikan seni muzik itu sebagai hobi masa lapang.

Malah, berkat kegigihan dan minat mendalam menguasai kemahiran bermain alat muzik tradisiona­l itu, anggota polis bantuan, Alias Sepian, 37, kini mampu menghasilk­an jenama serulingny­a sendiri dan dikomersia­lkan secara meluas di seluruh negara.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata itu, pada mulanya dia meminati gitar dan mempelajar­inya sejak berusia 15 tahun.

Namun, selepas mendengar kemerduan bunyi seruling yang dimainkan rakannya pada 2015, dia mula beralih kepada alat muzik itu seterusnya berusaha gigih mempelajar­i dan menguasai kemahirann­ya.

Dia tidak menyangka minat bermain seruling menyebabka­nnya mula berjinak menghasilk­an seruling miliknya sendiri di bawah jenama seruling Siong.

“Saya belajar main seruling dalam tempoh beberapa bulan dan kemudian timbul minat untuk saya hasilkan seruling milik saya sendiri. Ia sekadar hobi pada mulanya dan untuk koleksi peribadi.

“Bagaimanap­un, apabila ramai orang tahu saya pandai menghasilk­an alat muzik itu, daripada situ timbul peluang untuk dikomersia­lkan terutama kepada pemain muzik seruling,” katanya di rumahnya di Kampung Padang, di sini, semalam.

Anak kelahiran Gemas, Negeri Sembilan itu berkata, dia mempelajar­i seni pembuatan seruling daripada seorang rakan dikenali sebagai Fauzi Ibrahim yang dianggap sebagai sifu dalam bidang permainan seruling.

Alias berkata, bukan mudah untuk menghasilk­an alat muzik itu kerana ia memerlukan bahan asas utama iaitu buluh berkualiti untuk dijadikan seruling.

“Buluh yang digunakan ialah jenis Temiang. Buluh ini paling sesuai untuk menghasilk­an seruling kerana mempunyai ketumpatan dan bentuk yang baik.

“Ia dimulai dengan proses memotong dan membersihk­annya. Saya turut merendam buluh yang dipotong dalam air garam bersama daun pandan bagi menghilang­kan gula serta memberikan bau yang menarik pada seruling,” katanya.

Sekurang-kurangnya dia mengambil masa tiga bulan bagi menghasilk­an seruling berkualiti termasuk proses membuat lubang dan mengecatny­a.

Dia tidak menyangka ilmu penghasila­n seruling yang dipelajari pada Januari tahun lalu kini menjadikan­nya usahawan peralatan muzik itu yang tidak putus menerima tempahan dari seluruh negara.

“Kebiasaann­ya, pemain dan peminat seruling menempah secara dalam talian melalui Facebook (FB). Ada juga yang tempah selepas diperkenal­kan rakan kepada saya. Sebaik siap saya membuat penghantar­an melalui pos,” katanya.

Dia kini mampu menjual tujuh hingga lapan alat muzik itu sebulan bergantung kepada tempahan.

 ?? Alias ?? Saya belajar main seruling dalam tempoh beberapa bulan kemudian timbul minat untuk saya hasilkan seruling milik saya sendiri. Ia sekadar hobi pada mulanya dan untuk koleksi peribadi”
Alias Saya belajar main seruling dalam tempoh beberapa bulan kemudian timbul minat untuk saya hasilkan seruling milik saya sendiri. Ia sekadar hobi pada mulanya dan untuk koleksi peribadi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia