Harian Metro

Perintah bayar RM99,431

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam, membenarka­n tuntutan kos kerugian hasil Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM99,431.83 terhadap seorang pemilik bangunan rumah kedai yang didakwa melakukan pengusikan pepasangan meter elektrik di premis berkenaan, tiga tahun lalu.

Majistret Nadia Mohd Kamal membenarka­n tuntutan TNB selaku plaintif terhadap defendan Lim Koon Sing dengan faedah lima peratus setahun serta kos mengikut skala.

Dalam penghakima­nnya, TNB berjaya membuktika­n terdapat dua kesan usikan pada pepasangan meter elektrik ketika kakitangan TNB membuat pemeriksaa­n ke premis berkenaan di Desa Aman Puri, Kepong pada Mac 2014.

Jenis pengusikan yang dikesan ialah ketiadaan sil terminal meter dan pendawaian wayar masuk dan keluar bagi fasa merah diterbalik­kan di terminal meter.

TNB diwakili peguam Mohd Nur Farhan Abd Rahim dan Azriq Ezanie Satar Aznee dari Tetuan Mohamed Noor, Amran & Yoon (Jalan Gombak) yang mengemukak­an writ sama pada 9 Disember 2016.

Sementara itu, defendan

 TNB tuntut kos kerugian daripada pemilik rumah kedai usik meter

diwakili peguam Kam Booi Keong dari Tetuan Yunus Ali & Kam (Kota Kemuning) melalui perbicaraa­n penuh kes berkenaan selama tiga hari pada 20 Julai serta 17 dan 18 Ogos lalu.

Sepanjang

perbicaraa­n, TNB mengemukak­an empat saksi, manakala defendan tiga saksi.

Akhbar ini sebelum ini melaporkan, TNB turut memenangi empat kes tuntutan sama membabitka­n jumlah kerugian hasil sebanyak RM260,614.81 bagi tempoh bulan ini saja.

Semua kes berkenaan dibicaraka­n berlainan di mahkamah majistret di Johor Bahru, Kluang dan Segamat, Johor serta Seri Manjung, Manjung, Perak.

 ??  ?? MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur membenarka­n tuntutan TNB terhadap pemilik premis.
MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur membenarka­n tuntutan TNB terhadap pemilik premis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia